Cikgu kantoi paksa pelajar tidur dengannya jika mahu gred tinggi, berdepan penjara 40 tahun malah suaminya menuntut cerai

SEORANG guru berdepan hukuman penjara selepas memaksa pelajarnya untuk melakukan hubungan seks sebagai pertukaran bagi mendapatkan gred tinggi.

Guru terbabit yang hanya dikenali sebagai Yokasta M, 40, mengugut untuk menggagalkan pelajarnya jika mereka menolak permintaan untuk tidur dengannya.

Dia mengajar di sebuah sekolah di Medellin, Colombia.

Perbuatan terkutuk guru terbabit terbongkar selepas salah seorang mangsa mendedahkan perkara itu kepada ibu bapanya.

 

Pelajar itu memberitahu Yokasta akan menghantar gambar lucah dirinya menerusi aplikasi WhatsApp selepas mendekati mereka di laman sosial.

Dia menawarkan untuk membantu pelajarnya sebelum menghantar imej lucah dan menawarkan seks kepada mangsa bagi mendapatkan gred tinggi.

Yokasta bukan sahaja berdepan hukuman penjara 40 tahun tetapi suaminya turut menuntut cerai.


Sumber: Mstar



Sumber Cikgu kantoi paksa pelajar tidur dengannya jika mahu gred tinggi, berdepan penjara 40 tahun malah suaminya menuntut cerai

Related Posts :

0 Response to "Cikgu kantoi paksa pelajar tidur dengannya jika mahu gred tinggi, berdepan penjara 40 tahun malah suaminya menuntut cerai"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect