SOUTHAMPTON, England: Burnley mengekalkan rentak cemerlang mereka dalam aksi permulaan musim saingan Liga Perdana Inggeris apabila menang 1-0 ke atas Southampton, sebentar tadi.
Penyokong di Stadium St Mary's tidak terlalu bersorak selepas menyaksikan pasukan kesayangan mereka hanya berjaya merekod dua kemenangan daripada 11 perlawanan sebelum melayan kunjungan Burnley itu.
Southampton dilihat berpeluang untuk memperbaiki rekod itu tetapi ketangkasan penjaga gol Burnley, Nick Pope menjadi pemusnah hasrat The Saints.
Sam Vokes muncul wira Burnley apabila meledak gol tunggal menerusi tandukan pada minit ke-81 dan ia satu-satunya percubaan tepat buat pasukan itu.
Keputusan itu menyaksikan Burnley melonjak ke tangga keenam mengatasi Liverpool, sekurang-kurangnya untuk tempoh sementara manakala Southampton kekal di kedudukan ke-13.
PEMAIN Brighton, Glenn Murray (tengah) dikerumuni rakan sepasukan selepas meledak gol tunggal perlawanan dalam saingan Liga Perdana Inggeris, sebentar tadi. - Foto REUTERS
STEVE Cook meraikan jaringan ketika membantu Bournemouth menewaskan Newcastle 1-0 di Stadium St James Park, sebentar tadi. - Foto REUTERS
TONGGAK Huddersfield Town, Rajiv van La Parra (dua dari kiri) meraikan jaringan ketika menewaskan West Brom 1-0, sebentar tadi. - Foto AFP
Sementara itu, Glenn Murray menjaringkan gol kemenangan buat Brighton untuk menewaskan Swansea 1-0.
Ia kekalahan ketiga berturut-turut dialami Swansea dalam saingan liga.
Perlawanan lain menyaksikan Bournemouth turut mengutip tiga mata selepas mengejutkan Newcastle United menerusi jaringan Steve Cook pada minit ke-92.
Huddersfield Town turut cemerlang apabila mengatasi West Bromich Albion 1-0 hasil jaringan Rajiv van La Parra pada minit ke-44. - Reuters
Sumber Burnley kekal rentak cemerlang
0 Response to "Burnley kekal rentak cemerlang"
Post a Comment