KUALA LUMPUR 9 Nov.- Pelakon, Izreen Azminda sempat menitipkan kata-kata semangat kepada sahabatnya, Datuk Boy Iman yang ditahan polis selepas dipercayai terlibat dalam skandal penipuan penjualan rumah baru-baru ini.
Menerusi komen di gambar yang dimuat naik Boy atau nama sebenarnya Noruliman A. Rahman, Izreen berkata, dia akan tetap bersahabat dengan Pengarah Urusan DBI Properties itu selagi perkara tersebut tidak mengganggu persahabatannya.
“Boy, kau tetap kawan aku” – Izreen Azminda
“Apa pun yang terjadi dekat kau Boy, selagi tidak merosakkan persahabatan kita, sampai bila-bila pun kau tetap kawan aku,” komen pelakon itu.
Boy yang juga seorang pelakon dan penerbit ditahan di Balai Polis Bukit Indah, Ampang pada 2 Oktober lepas berhubung kes penipuan jualan rumah membabitkan nilai RM6.2 juta.
Bagaimanapun Mahkamah Majistret Bukit Mertajam telah menolak permohonan reman terhadap Boy Iman bersama tiga lagi pengarah syarikat Juta Kelulut Global Resources berhubung kes penipuan jualan rumah banglo melibatkan jumlah kerugian keseluruhan RM6.2 juta pada 15 Oktober lepas.
Sumber: UTUSAN ONLINE
Sumber “Boy, kau tetap kawan aku” – Izreen Azminda
0 Response to "“Boy, kau tetap kawan aku” – Izreen Azminda"
Post a Comment