KUALA LUMPUR : Jabatan Meteorologi Malaysia (MET) menjangkakan akan berlaku empat hingga lima episod hujan lebat berterusan selama beberapa hari sepanjang tempoh Monsun Timur Laut yang bermula pertengahan bulan ini hingga Januari.
Ketua Pengarahnya, Alui Bahari berkata keadaan ini boleh menyebabkan banjir di kawasan yang cenderung banjir dan kawasan rendah.
“Tiupan angin Monsun Timur Laut dijangka menyebabkan Kelantan dan Terengganu menerima kesannya bermula pada pertengahan November dan Disember, manakala Pahang dan Johor Timur bermula Disember dan Januari.
“Amaran awal bagi episod hujan lebat semasa Monsun Timur Laut akan dikeluarkan seawal satu hingga tiga hari manakala amaran ribut petir akan dikeluarkan sekiranya terdapat tanda-tanda intensiti ribut petir semakin meningkat,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Katanya, semasa fasa ini, kejadian hujan lebat dan ribut petir setempat dalam jangka masa singkat serta angin kencang lebih kerap berlaku pada waktu petang dan awal malam.
Beliau menasihati orang ramai agar peka dengan amaran cuaca buruk yang dikeluarkan jabatan itu dan mematuhi garis panduan keselamatan.
Sumber
Banjir: Giliran Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur selepas ini
Related Posts :
30 remaja berbasikal tengah berkumpul sebelah kubur dirempuh kereta, 8 meninggal dan 8 cederaLapan remaja lelaki maut manakala 8 lagi cedera termasuk 2 kritikal apabila basikal mereka dirempuh sebuah kereta di Jalan Lingkaran Dalam, … Read More...
Ibu Azmin Ali meninggal duniaChe Tom Yahaya, ibu kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali meninggal dunia akibat serangan angin ahmar di Hospital Paka… Read More...
Sarapan mahal terpaksa makan sebab tiada pilihan
“Nak boikot kedai makanan pun susah juga, nanti lapar pula. Lagi pun saya memang tak memasak,” kata pemandu lori, Ruzaimi Ibrahim, 29.
Se… Read More...
Hadi minta Mahfuz tinggalkan PasPresiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang meminta Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar meninggalkan parti itu jika tidak berpuas hati… Read More...
Ini Respon Balas Hafidz Roshdi Setelah Dia Dan Isteri Dihentam Azwan AliIni Respon Balas Hafidz Roshdi Setelah Dihentam Azwan Ali
Semalam Azwan Ali dikatakan mengamuk dengan Hafidz Roshdi.
Habis pelbagai kata… Read More...
0 Response to "Banjir: Giliran Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur selepas ini"
Post a Comment