Ia untuk mengeluarkan pasir yang berlebihan di muara sungai yang jika tidak dilakukan akan menyebabkan banjir besar.
PETALING JAYA: Kerajaan tetap mengharamkan sebarang aktiviti mengeksport pasir ke luar negara dan masih kekal dalam senarai bahan larangan eksport oleh kastam, kata Datuk Seri Wan Junaidi Tungku Jaafar.
Bagaimanapun menteri sumber asli dan alam sekitar itu berkata, jemaah menteri memberi kelulusan khas untuk mengesport pasir atas alasan tertentu termasuklah bagi tujuan mengelak berlakunya bencana banjir.
“Kelulusan khas ini dikeluarkan oleh Jemaah Menteri secara ‘case by case basis’. Namun begitu, lesen pengorekan pasir kebiasaanya dikeluarkan oleh kerajaan negeri.
“Tujuan untuk mengeksport hasil pasir negara bukan semata-mata untuk menjual pasir kita kepada negara lain, namun ia untuk mengeluarkan pasir yang berlebihan di muara-muara sungai yang menyebabkan fenomena air sungai cetek.
“Sekiranya tindakan pengorekan pasir tidak dilakukan, maka kecetekan muara sungai ini akan menyebabkan banjir besar seperti peristiwa banjir yang berlaku di sepanjang Sungai Pahang dan Sungai Kelantan sebelum ini,” katanya menerusi kenyataan.
Wan Junaidi berkata permit eksport pasir yang dikeluarkan tidak melibatkan wang kerajaan kerana ia diberikan kpada syarikat swasta bagi tujuan mengurus.
“Mana-mana syarikat yang diberi kelulusan khas eksport pasir dikehendaki mendapatkan kelulusan korek pasir untuk eksport dari kerajaan negeri terlebih dahulu sebelum AP khas dikeluarkan oleh pihak kementerian. Kita juga meminta Jabatan Alam Sekitar memantau SOP pelaksanaan ini dari masa ke semasa.
Wan Junaidi berkata kerajaan membatalkan AP yang diluluskan sekiranya syarikat di lantik melanggar dasar pengorekan pasir yang ditetapkan.
“Saya beri jaminan aktiviti pengeksportan pasir ke luar negara adalah bagi tujuan untuk mengelakkan tragedi banjir tanpa melibatkan kos kerajaan dan pada masa yang sama akan memastikan ekosistem dan alam sekitar akan tetap terpelihara melalui dasar-dasar Pengambilan Pasir Sungai Secara Terkawal oleh JPS dan JAS bagi negeri-negeri yang terlibat.”
Wan Junaidi berkata sehingga hari ini kerajaan meluluskan 2 buah syarikat mengeksport pasir ke India bagi tujuan kerja-kerja penggorekan pasir di muara sungai Pahang dan Kelantan.
“Setakat ini, pihak syarikat menghantar 50 ribu metrik tan (MT) ke Tamil Nadu manakala untuk Kartaka pula masih di peringkat proses perundingan,” katanya.
Akhbar Times of India minggu lepas melaporkan penghantaran pertama pasir dari Malaysia tiba di pelabuhan di Tamil Nadu. Laporan itu berkata sebuah syarikat swasta di Pudukottai, India, mengimport 55,000 tan pasir di mana kos setiap pasir dikatakan RM4 kaki padu dan 50% lebih murah daripada pasir sungai dari Tamil Nadu.
Kontraktor pembinaan lega dengan penghantaran itu kerana berdepan masalah bekalan pasir. Laporan itu berkata kontraktor juga sedang mendapatkan sumber pasir sungai dari negara Asia Tenggara lain.
The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.
Sumber AP khas eksport pasir untuk elak bencana banjir, kata menteri
0 Response to "AP khas eksport pasir untuk elak bencana banjir, kata menteri"
Post a Comment