‘Anak saya mati akibat penyakit HIV dijangkiti dari suami yang berzina dengan perempuan lain’
Hancur luluh hati isteri apabila mendapat tahu suaminya mengulangi perbuatan berzina dengan perempuan lain buat kali kedua walaupun peluang telah diberikan sebelum ini. Lebih teruk lagi, isteri dan bayi mereka berusia lapan bulan turut dijangkiti penyakit HIV.
Pada mulanya suami enggan mengaku, namun setelah bayi mereka meninggal dunia, barulah si suami mendedahkan segala-galanya. Namun sudah terlambat dan isteri juga menyesal kerana memberi peluang kedua buat suami yang akhirnya menyebabkan dia kehilangan anak dan dijangkiti HIV.
ASSALAMUALAIKUM. Saya tertarik dengan cerita kaum wanita memaafkan suaminya yang pernah terlanjur dengan alasan anak masih kecil dan dia masih sayangkan suami. Namun persoalan saya, adakah kami yakin dengan keputusan kamu itu?
Sebelum berpisah, bekas suami saya kantoi berzina dengan perempuan lain ketika anak lelaki saya baru berumur empat bulan. Saya maafkan perbuatan suami dengan alasan paling bodoh seperti wanita di luar sana iaitu, alasan anak masih kecil dan masih sayangkan suami. Suami saya berjanji tidak akan mengulangi perbuatannya lagi dan saya percaya dengan janji bodohnya itu.
Saya tidak akan sesekali kembali kepada penyebab kematian anak saya. Anak perempuan saya diserahkan kepada kakak kerana saya bimbang jika dia dijangkiti penyakit HIV dari saya nanti.
Sumber: TR
Sumber ‘Anak saya mati akibat penyakit HIV dijangkiti dari suami yang berzina dengan perempuan lain’
0 Response to "‘Anak saya mati akibat penyakit HIV dijangkiti dari suami yang berzina dengan perempuan lain’"
Post a Comment