Anak Husam ditahan polis bersama 200 pil kuda

Husam berkata kenyataan penuh akan diberikan selepas dapat bertemu sendiri dengan anaknya. — Foto oleh Choo Choy MayHusam berkata kenyataan penuh akan diberikan selepas dapat bertemu sendiri dengan anaknya. — Foto oleh Choo Choy MayKUALA LUMPUR, 19 Nov — Datuk Husam Musa mengakui suspek yang ditahan kerana memiliki 200 pil kuda adalah anaknya Ahmad Syafi.

Menerusi kemaskini status di Facebook, naib presiden Parti Amanah Negara itu berkata polis belum memaklumkan kes itu kepadanya.

“Saya hanya mendapat tahu anak saya, Ahmad Syafi direman di Mahkamah Kota Bharu atas tuduhan memiliki pil kuda, jam 5.22 petang tadi.

“Sehingga kini, tiada pemakluman rasmi oleh polis dibuat kepada saya mengenai penahanan itu.

“Juga tiada pemakluman polis bahawa beliau akan dibawa ke mahkamah untuk tahanan reman pagi tadi.

“Saya juga tidak diberitahu sehingga kini di mana anak saya ditahan,” coret Husam.

Ahli Dewan Undangan Negeri Salor itu berkata kenyataan penuh akan diberikan selepas dapat bertemu sendiri dengan anaknya.



Sumber Anak Husam ditahan polis bersama 200 pil kuda

Related Posts :

0 Response to "Anak Husam ditahan polis bersama 200 pil kuda"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect