Aishah Dikejar Pengeluar Produk Pelangsingan Badan

Selepas kecoh mengenai isu tiada pereka mahu menaja busananya, terbaharu penyanyi Aishah dilaporkan menjadi buruan pengeluar pelbagai jenis produk pula termasuk pil dan pakej melangsingkan badan serta fisioterapi.

Memetik laporan BH online, penyanyi yang cukup popular dengan lagu Janji Manismu itu mendakwa menerima beratus-ratus khidmat pesanan ringkas (SMS), mesej melalui media sosial dan panggilan telefon daripada pelbagai pihak yang menyatakan hasrat mahu menjadi penaja.

"Saya hanya tertawa apabila menerima pelbagai tawaran. Bukan saja baju malah pakej untuk saya kuruskan badan dan sesi fisioterapi.

"Rupanya mereka (penonton) mengikuti perkembangan saya termasuk tahu saya ada masalah sakit lutut," katanya kepada BH Online.

"Saya terkejut sebaik berita mengenai pakaian saya tersebar, ramai yang tampil. Bukan saja secara terus kepada saya, malah ada yang melalui wartawan untuk menyatakan hasrat mereka.

"Saya ucapkan terima kasih kerana ramai yang sudi berkerja dengan saya," katanya.

Bagi memastikan tidak ada pihak berkecil hati, Aishah memberitahu, dia menerima busana daripada beberapa pereka dan membahagikan persalinan setiap minggu selagi bersaing di pentas GV4.



Sumber Aishah Dikejar Pengeluar Produk Pelangsingan Badan

Related Posts :

0 Response to "Aishah Dikejar Pengeluar Produk Pelangsingan Badan"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect