Menerusi akaun Facebook miliknya, Ahmad Zahid memuat naik gambar dan turut mendoakan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu cepat sembuh.
"Baru sahaja menziarahi Datuk Seri Anwar Ibrahim yang selesai menjalani pembedahan bahu kanan di HKL baru-baru ini. Semoga beliau cepat sembuh," ujar Ahmad Zahid.BACA: Najib, Rosmah lawat Anwar di HKL
Anwar dimasukkan ke HKL pada Rabu untuk menjalani pembedahan pada bahu kanannya.
HKL sebelum ini memaklumkan pembedahan itu dibuat ekoran kecederaan lama akibat kemalangan beberapa tahun lalu.
Anwar kini menjalani hukuman penjara lima tahun selepas didapati bersalah meliwat Mohd Saiful Bukhari pada Jun 2008.
Sumber Ahmad Zahid, isteri ziarah Anwar di HKL
0 Response to "Ahmad Zahid, isteri ziarah Anwar di HKL"
Post a Comment