Misi tersebut dianjurkan oleh Yayasan Afdlin Shauki bersama Yayasan Kubra dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) di Bangladesh sejak 5 November lalu.
Bagaimanapun, menurut Afdlin, 46, bekalan makanan yang dibawa tidak mencukupi bagi menampung tiga kem pelarian yang dilawati iaitu di Khutupalong, Tangkali dan Balukhali.
“Pelarian Rohingya di Bangladesh begitu ramai sehinggakan bantuan makanan yang dibawa tidak mencukupi.
“Justeru, saya menyeru agar lebih ramai rakyat Malaysia atau badan-badan bukan kerajaan datang memberikan bantuan bagi mereka yang memerlukan,” katanya seperti yang dilaporkan Kosmo!.
Sumber Afdlin Seru Bantu Pelarian Rohingya di Bangladesh
0 Response to "Afdlin Seru Bantu Pelarian Rohingya di Bangladesh"
Post a Comment