
Pemain pasukan bola sepak Bawah 22 (B-22) negara, Adam Nor Azlin disahkan menyertai kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) pada Sabtu.
Perkara itu diumumkan oleh Pengarah Sukan JDT, Martin Prest menerusi satu kenyataan di halaman Facebook Johor Southern Tigers pada petang Sabtu.
Martin berkata, pasukan itu teruja dengan penyertaan pemain muda baharu berkenaan.
“Beliau merupakan sebahagian pelan jangka panjang kami. Beliau memahami projek bola sepak kami.
“(Adam) seseorang yang memiliki karakter untuk melakukan yang terbaik, berkembang sebagai pemain dan mempunyai keinginan untuk memenangi kejuaraan,” kata Martin.
Terdahulu, pemain berusia 21 tahun itu dikaitkan dengan perpindahan ke pasukan JDT, selepas kontraknya bersama Selangor tamat hujung tahun ini.
Adam merupakan antara pemain yang mempamerkan aksi memberangsangkan dan membantu skuad B-22 memenangi pingat perak pada temasya Sukan Sea 2017 lalu.
Sumber: Mstar
Sumber
Adam Nor Azlin sah sertai JDT
Related Posts :
Dua Bulan Bertarung Nyawa, Mangsa Ragut Meninggal Dunia..
Semalam, telah kembalinya seorang mangsa ragut kepada PeciptaNya.. akibat kecederaan terjatuh dari motorsikal selepas diragut..
Sejak kej… Read More...
Rupanya Influenza Sangat Bahaya Untuk Ibu Mengandung, Suami Isteri Kena Tahu Ini!
Seperti yang ramai sudah ketahui, negara kita kini sedang hangat dengan ramai orang yang dijangkiti virus influenza. Sehingga ke hari ini,… Read More...
Ibu Kandung Buang Anak Di Rumah Kebajikan, "Saya Terpaksa Sebab Suami Baru Saya Tak Terima Dia"
Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun ditinggalkan di pintu rumah kebajikan oleh ibunya yang tidak mahu menjaganya, menurut perk… Read More...
Badminton Indonesia Masters 2020 | Jadual & Keputusan
Kejohanan Badminton Indonesia Masters 2020 akan bermula dari 14 Januari hingga 19 Januari 2020 di Istora Senayan, Jakarta.
DAIHATSU INDONE… Read More...
Promosi Pun Tiada Orang Beli, Netizen Serius Boikot Limau Mandarin?
Kurang dua minggu lagi, masyarakat masyarakat berketurunan Cina di Malaysia akan menyambut Tahun Baru Cina. Seperti tahun-tahun sebelum in… Read More...
0 Response to "Adam Nor Azlin sah sertai JDT"
Post a Comment