8 Syarikat Yang Dinobatkan Selaku Majikan Terbaik Malaysia 2017

Jika anda mendambakan majikan idaman dalam kerjaya, mungkin senarai lapan majikan terbaik di Malaysia yang dikeluarkan oleh firma perkhidmatan profesional global terkemuka, Aon Hewitt baru-baru ini boleh membantu.

Aon Hewitt dalam laporannya menyenaraikan Eco World Development Group Berhad sebagai Majikan Terbaik Dari Yang Terbaik di Malaysia berdasarkan kajian yang dilakukan oleh organisasi itu pada tahun ini.

Berikut kami paparkan senarai kedudukan majikan terbaik di Malaysia.

#1-Eco World Development Group Berhad

Pemaju hartanah ini mengonduli kedudukan yang di pegang tahun lepas. Syarikat besar ini memiliki banyak projek berstatus tinggi dan dikenali sebagai sebuah syarikat yang sentiasa menjaga kebajikan pekerjanya.

Mempunyai reviu 4.2 daripada pengguna Jobstreet dan 4.5 melalui pengguna Glassdor, Eco World dikatakan mampu memberikan suasana kerja yang kondusif bagi membantu karier anda.

#2-American Express (Malaysia) Sdn.Bhd.

Syarikat kredit ini mendapat 4.4 daripada Jobstreet dan 4.5 daripada Glassdoor.

Tindakbalas positif diterima daripada para pekerjanya di mana mereka gembira bekerja dalam suasana yang teratur, mampu memberikan ‘work life balance’ yang baik pada pekerja serta  pekerja disajikan dengan banyak faedah tambahan yang tidak terdapat pada syarikat lain.

Gaji di sana juga dikatakan tinggi.

#3-Cisco System (M) Sdn.Bhd.

Syarikat gergasi teknologi Amerika ini mendapat rating paling tinggi di kalangan semua syarikat tersenarai dengan 4.7 dari pengguna Jobstreet.

Faedah di tawarkan kepada pekerja di sini cukup lumayan seperti perlindungan kesihatan untuk keluarga, waktu bekerja fleksibel, pilihan bekerja dari rumah, bantuan komputer Macbook, tempat letak kereta tersedia, kelab yoga dan badminton.

Menariknya, semua faedah ini boleh dinikmati pada semua peringkat jawatan dan yang paling penting, kopi disediakan setiap pagi.

#4-DHL Express Malaysia

Mereka mempunyai rangkaian terbaik Asia, Eropah dan Afrika. Tiada siapa yang boleh mengalahkan mereka tepat pada masa penghantaran dan kebolehpercayaan.

Seiring dengan kecekapan mereka menghantar barang begitu juga dengan kecekapan mereka dalam menjaga kebajikan pekerja di bawah bumbung DHL.

Diberikan 4.3 bintang di Jobstreet dan 4 bintang di Glassdoor, DHL dikatakan mengutamakan dasar kebajikan pekerja yang mampu mengimbangi keperluan pekerja dalam setiap sudut.

#5-FEDEX

FEDEX Express Malaysia (FedEx)  menyediakan perkhidmatan pungutan dan penghantaran harian ini berada di tangga kelima.

Seperti mana syarikat ini gembira dapat menyumbang kepada pembangunan perniagaan pelanggan begitu juga dengan para pekerja yang menyumbang idea dan tenaga dalam menaikkan syarikat ini.

#6-Gerbang Alaf Restaurants Sdn.Bhd.

McDonald itulah tunjang kepada syarikat Gerbang Alaf Restaurant Sdn. Bhd.  Gerbang Alaf dinobatkan sebagai antara majikan terbaik di Malaysia dengan 4 bintang dari pengguna Jobstreet.

Lihat sahaja kemesraan papa pekerja restaurant kesukaan ramai ini. Kemesraan yang dipamerkan ini tentunya datang dari keseronokan bekerja dengan syarikat yang mementingkan para pekerjanya dan akan melahirkan pasukan kerja yang hebat.

#7-OCBC Bank (Malaysia Berhad)

Anugerah ini mengesahkan kekuatan dan pertumbuhan yang terbaik bagi pekerja mencari rezeki di sektor perbankan.

Kekuatan perbankan ini adalah rangka kerja mantap yang disusun pihak berkuasa kawal selia yang membolehkan syarikat dan perkerja menikmati kejayaan ini.

Keistemewaan syarikat ini adalah  dasar-dasar perjawatan yang lebih moden, lebih proaktif, dan lebih kompetitif. Syarikat ini sentiasa mengekalkan pekerja yang taat dan setia dengan mendahulukan kebajikan pekerjanya.

#8-SP Setia Berhad

Kumpulan ini telah mengukir satu reputasi yang kuat sebagai sebuah kumpulan pemaju yang berinovatif dan berkualiti. Ia telah mengukir tandanya dengan menyediakan kualiti produk yang amat dicari dalam persekitaran hidup kondusif.

Aktiviti perniagaan teras kumpulan ini, pembangunan hartanah didukung oleh bahagian pembinaan, infrastruktur dan berasaskan kayu bagi menyediakan produk dan kualiti perkhidmatan tertinggi untuk pelanggan-pelanggannya.

Selaras dengan kehebatan pengurusan begitu juga keistemewaan diberikan kepada para pekerja supaya kekal setia berkhidmat di sini



Sumber 8 Syarikat Yang Dinobatkan Selaku Majikan Terbaik Malaysia 2017

Related Posts :

0 Response to "8 Syarikat Yang Dinobatkan Selaku Majikan Terbaik Malaysia 2017"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect