5 Sebab Razer Phone Jadi Rebutan Kaki 'Game'

5 Sebab Razer Phone Jadi Rebutan Kaki 'Game'

Razer Phone adalah telefon pintar pertama syarikat Razer. (Gambar: Razer)

Sebut saja Razer, pasti peralatan ‘gaming’ jenama ini sudah berlegar-legar di fikiran khususnya buat pemain video atau ‘gamers’ di luar sana. Razer sememangnya sudah dikenali sebagai syarikat pengeluar ‘hardware’ untuk komputer yang memfokuskan aspek permainan video.
 
Namun, hari ini syarikat yang bertapak di San Francisco, California ini buat pertama kalinya melancarkan telefon pintar mereka dinamakan sebagai Razer Phone!
 
Menariknya tentang Razer Phone ini, spesifikasi yang terbina di dalamnya boleh dikatakan lebih berkuasa berbanding telefon pintar 'flagship' di pasaran. Malah, dengan spesifiksi hebat ini, ia dilihat mampu memberikan kepuasan berganda untuk ‘gamers’ di luar sana.
 
Rojak Daily Skop! menyenaraikan lima kekuatan telefon pintar ini yang menjadi alasan buat kaki 'game' untuk memilikinya:

1. PAPARAN 120HZ ULTRAMOTION 
Spesifikasi hebat menjadi idaman setiap 'gamers'.
Telefon pintar ini dilengkapi skrin 5.7” yang menggunakan panel jenis IPS LCD. Menariknya, skrin ini dilengkapi dengan 'refresh rates' setinggi 120 Hz. Teknologi ini pernah digunakan oleh telefon pintar ​Sharp Aquos R, tetapi ia hanya dipasarkan di Jepun.

Pada kadar 120 Hz ini,  kandungan grafik yang dipaparkan tidak akan tersekat sebaliknya lebih lancar berbanding menggunakan paparan biasa. Malah, warna gamut dihasilkan juga lebih jelas dan terang.​

2. DOLBY ATMOS KINI DI TELEFON PINTAR
Dolby Atmos kini dibawa ke telefon pintar!
Teknologi Dolby Atmos ini selalunya kita dengar ketika berada di dalam panggung wayang. Namun, dengan Razer Phone ini ia juga dilengkapi sistem audio tersebut.
 
Dua audio 'amplifiers' yang diletakkan di hadapan peranti ini menjadikan kepuasan bermain lebih realistik! Jika menggunakan 'headphone', maka anda akan menerima kualiti lebih tinggi kerana ia mendapat piawaian daripada THX.

3. DIKUASAKAN SNAPDRAGON 835 DAN 8GB RAM
Skrin 120 Hz digabungkan dengan audio berkualiti menjadikan ia antara telefon pintar terhebat. 
Bagi memastikan setiap permainan video yang dimainkan dengan lancar, penggunaan cip pemprosesan yang tepat dan berkuasa amatlah penting. Razer Phone memilih cip pemprosesan paling baru iaitu Qualcomm Snapdragon 835 dengan gabungan kapasiti RAM sebanyak 8GB. Dengan spesifikasi sebegini, ‘gamers’ mana yang tidak kagum?

4. BATERI SEBESAR 4,000 mAH
 
Untuk memastikan tempoh bermain permainan telefon pintar tidak terganggu, kapasiti bateri haruslah besar. Razer menyahut cabaran ini dengan menggunakan bateri sebesar 4,000 mAH sekali gus meninggalkan jauh telefon pintar ‘flagship’ lain yang kebanyakannya tidak melebihi 3,500 mAH.

5. DWI KAMERA UNTUK GAMERS
 
Biarpun kebanyakan fungsi telefon ini lebih tertumpu pada aspek permainan, fungsi kameranya juga agak hebat. Dengan menggunakan dwi kamera 12 Megapixel apertur f/1.7, ia turut dilengkap fungsi zum sebanyak 2X. Razer menyatakan ton warna gambar yang dihasilkan menggunakan telefon ini kelihatan lebih asli dan seimbang.

Buat masa ini belum ada harga rasmi yang dinyatakan untuk pasaran Malaysia. Namun, di Amerika Syarikat, ia dijual pada harga AS$699 iaitu sekitar RM2,957.



Sumber 5 Sebab Razer Phone Jadi Rebutan Kaki 'Game'

Related Posts :

0 Response to "5 Sebab Razer Phone Jadi Rebutan Kaki 'Game'"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect