4 maut kemalangan lepas balik kenduri: “Puas saya tunggu, tak sampai-sampai…”

Nur Adibah Ramli, 19, yang maut dalam kemalangan di Kilometer 33 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan di Marang, petang semalam, memang disukai semua bapa saudaranya dan sering diajak bersama ke mana saja.

4 maut kemalangan lepas balik kenduri: "Puas saya tunggu, tak sampai-sampai..."

4 maut kemalangan lepas balik kenduri: “Puas saya tunggu, tak sampai-sampai…”

Ibunya, Noruzzi Muda, 46, berkata anaknya itu dijemput bapa saudaranya Mohd Saari@Sarikira-kira 8.30 pagi semalam untuk mengikutnya menghadiri kenduri di Kerteh.

“Sebelum kejadian itu, saya ada berhubung dengan arwah dan dia beritahu dalam perjalanan balik dan kira-kira 15 kilometer lagi akan sampu rumah.

“Bagaimanapun, puas saya tunggu dia tidak sampai-sampai hinggalah dimaklumkan oleh kakak ipar kira-kira 7.30 malam bahawa mereka itu terbabit dalam kemalangan,” katanya.

Turut maut dalam kejadian itu, abang Nurruzi yang juga pemandu kereta, Mohd Saari@Sari, 52; isterinya, Mizah Mamat, 52, serta anak mereka, Nurul Syahirah, 18.

Dalam kejadian 6.40 petang itu, kesemua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian selepas parah di kepala dan badan selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan bas persiaran.

Kereta mereka dari arah Dungun menuju ke Marang manakala bas berkenaan pula dari arah bertentangan.

Mayat kesemua mangsa hanya berjaya dikeluarkan 8.30 malam oleh sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Marang.

Kesemuanya dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu untuk proses bedah siasat.

Menurut Noruzzi, dia dan suaminya bergegas ke tempat kejadian dan hatinya remuk melihat keadaan kereta yang mereka naiki itu terperosok di bawah bas.

“Saya reda dengan apa yang berlaku kerana sudah sampai ajalnya tetapi tidak sangka arwah pergi buat selama-lamanya dalam keadaan mengejutkan,” katanya sambil menjelaskan bahawa Nur Adibah yang juga anak ketiga daripada enam beradik itu membantu dengan bapanya, Ramli Mohamad, 46, menjual santan kelapa di Pasar Wakaf Tapai.

Via: Metro



Sumber 4 maut kemalangan lepas balik kenduri: “Puas saya tunggu, tak sampai-sampai…”

Related Posts :

0 Response to "4 maut kemalangan lepas balik kenduri: “Puas saya tunggu, tak sampai-sampai…”"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect