KUALA LUMPUR: Atlet paralimpik negara Muhammad Ziyad Zolkefli mengajak orang ramai menjadikan amalan bersukan sebagai rutin harian untuk meningkat tahap kesihatan.
Beliau berkata antara perkara yang boleh dilakukan ia dengan bangun tidur awal.
"Sebagai atlet memang kami bangun awal pagi dan menjalani latihan sehingga 11 pagi. Ia merupakan rutin harian kami. Saya syorkan orang ramai agar bangun awal pagi untuk melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh.
"Ia bukan sahaja dapat menjaga kesihatan diri, tetapi minda kita akan lebih cergas dan dapat menjalankan rutin harian dengan lebih lancar," katanya ketika ditemui pada sambutan Hari Sukan Negara (HSN) 2017 di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini hari ini.
Atlet terjun Cheong Joon Hoong berharap orang ramai meneruskan aktiviti sukan bagi memastikan kesihatan diri mereka terjaga.
Ramai atlet negara menyertai HSN yang mengadakan aktiviti antaranya berbasikal, larian, bola jaring, bola keranjang, futsal, sukan tradisi dan aktiviti kecergasan.
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin turut mengambil bahagian dengan melakukan acara kayuhan basikal '30 Kilometer Fit Malaysia'.
-- ERNAMA
Sumber
Ziyad saran sukan sebagai rutin harian
Related Posts :
Berang ditinggal bas ekspress, penumpang tikam pemandu bas
Berang ditinggalkan bas ekspress ketika berhenti di terminal bas di Alor Setar, Kedah, seorang penumpang menikam pemandu bas berkenaan … Read More...
Izara Aishah, tunang dapat hadiah kereta Rolls-Royce (VIDEO)Paparan skrin YouTube menunjukkan hadiah kereta Rolls-Royce yang diterima Izara Aishah dan tunangnya. KUALA LUMPUR, 16 Nov ― Pelakon Izara A… Read More...
'Cikgu tadika layan anak saya seperti tak wujud, tapi dengan murid lain bukan main mesra lagi' - Ibu kesal cikgu tadika pilih kasih
Kes confessor ini menarik, si ibu terkilan dengan sikap guru tadika yang mengamalkan sikap pilih kasih. Ini realiti yang perlu kita sem… Read More...
'Penyewa lari, tengok-tengok rumah dah jadi begini dan kepala paip pun dirembat'
Bila penyewa mesej mereka nak keluar rumah macam itu saja. Mereka mesej kata kunci rumah diletak dalam rumah, kemudian mereka block nom… Read More...
'Mengapa begitu kejam terhadap anak saya?'
"Mengapa begitu kejam terhadap anak saya?" demikian kata bapa yang mendakwa anak lelakinya dipukul, diterajang dan dipijak badannya ole… Read More...
0 Response to "Ziyad saran sukan sebagai rutin harian"
Post a Comment