[Video] Biadap dan melampau! Budak-budak ni tendang dan kacau orang tengah solat

MASJID merupakan rumah Allah yang perlu dijaga kesuciannya. Selain tempat yang sangat mulia, masjid juga memiliki kedudukan paling agung di mata umat Islam.

Memandangkan masjid salah sebuah tempat paling dicintai oleh Allah di muka bumi ini, maka terdapat tatasusila yang mesti dijaga ketika berada di dalamnya.

Baru-baru ini tular sebuah video di laman Facebook merakamkan detik di mana dua orang kanak-kanak diusik ketika menunaikan solat secara berjemaah di sebuah masjid.

Menerusi video berdurasi kurang tiga minit itu memaparkan kanak-kanak tersebut diganggu sekumpulan kanak-kanak lain yang bersikap biadab menendang sehingga menyebabkan solatnya terganggu.

Selain menendang, ‘pengacau’ tersebut turut dilihat melakukan tindakan kasar dengan menarik seluar serta melakukan tarian aneh dipercayai untuk mengacau kanak-kanak yang sedang solat itu.

Jemaah yang ‘dibuli’ itu dilihat berusaha untuk mempertahankan diri namun terus diganggu tanpa henti.

Insiden yang tidak dikenal pasti lokasi dan masa kejadian itu secara tidak langsung telah menerima pelbagai reaksi daripada netizen.

Rata-rata antara mereka yang menonton video tersebut melahirkan rasa marah dengan sikap biadab dan kurang ajar kanak-kanak berkenaan.

Video yang tular itu sehingga kini dilihat telah mendapat lebih daripada 2,000 tanda likes dan 23,000 perkongsian menerusi media sosial.

Sekali lagi, ingatlah masjid itu rumah Allah. Sedangkan istana pun ada peraturan tersendiri yang mesti dipatuhi inikan pula ‘mahligai’ Allah.

Fikirlah sendiri dengan iman yang ada dan peliharalah kesucian masjid agar laknat Allah tidak tertimpa ke atas diri.

 

Sumber: MYNEWSHUB.CC



Sumber [Video] Biadap dan melampau! Budak-budak ni tendang dan kacau orang tengah solat

Related Posts :

0 Response to "[Video] Biadap dan melampau! Budak-budak ni tendang dan kacau orang tengah solat"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect