The Pantheon, pusat e-sukan pertama di Malaysia dilancarkan

SUBANG JAYA: Industri e-sukan negara mencatat sejarah tersendiri hari ini apabila sebuah pusat e-sukan pertama seumpamanya dilancarkan pada satu majlis di sini.

The Pantheon, yang dibina untuk pemain permainan video dan e-sukan di Malaysia, turut mendapat pengiktirafan daripada NVIDIA GeForce GTX sebagai Arena e-Sukan bertaraf Platinum.

Pusat e-sukan bertaraf lima bintang ini turut dilengkapi 116 komputer peribadi, zon konsol PS4, simulator lumba kereta (racing simulator) dan zon realiti maya (VR).


The Pantheon juga mempunyai enam ruang khusus bagi mereka yang mahu mencuba sendiri desktop canggih dan berteknologi tinggi daripada syarikat terkemuka seperti Alienware, Legion, MSI, Omen, Predator dan Republic of Gamers.

BERITA LANJUT MENYUSUL



Sumber The Pantheon, pusat e-sukan pertama di Malaysia dilancarkan

Related Posts :

0 Response to "The Pantheon, pusat e-sukan pertama di Malaysia dilancarkan"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect