Tempurung kepala lelaki pecah dilanggar ETS

Polis Petaling Jaya mengesahkan kejadian seorang lelaki mati dirempuh tren ETS yang dalam perjalanan dari KL Sentral menuju Batu Gajah, Perak. ― Paparan skrin GooglePolis Petaling Jaya mengesahkan kejadian seorang lelaki mati dirempuh tren ETS yang dalam perjalanan dari KL Sentral menuju Batu Gajah, Perak. ― Paparan skrin GoogleKUALA LUMPUR, 14 Okt ― Seorang lelaki berusia lingkungan 30-an maut akibat dilanggar Tren Elektrik (ETS) di Km 375.4 berhampiran Damansara malam tadi.

Ketua polis daerah Petaling Jaya, ACP Mohd Zani Che Din berkata ketika kejadian 11.52 malam itu, tren berkenaan sedang dalam perjalanan dari KL Sentral menuju Batu Gajah, Perak.

Beliau berkata kapten tren tersebut yang menyedari trennya melanggar sesuatu telah memberhentikan tren berkenaan.

“Kapten berkenaan kemudian menemui seorang lelaki terbaring dengan tempurung kepalanya pecah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mangsa yang dibawa ke Hospial Selayang disahkan meninggal pada 1.45 pagi.

Tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui pada mangsa. ― Bernama



Sumber Tempurung kepala lelaki pecah dilanggar ETS

Related Posts :

0 Response to "Tempurung kepala lelaki pecah dilanggar ETS"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect