Syarul belum boleh jamah nasi lemak sambal kerang

KUALA LUMPUR: Jaguh bina badan negara, Mohd Syarul Azman Mahen Abdullah terpaksa melupakan hasrat untuk menamatkan program diet dirinya sejak Jun lalu apabila dijadual menyertai satu lagi kejohanan antarabangsa di China, minggu depan.

Menurutnya, dia menerima jemputan menyertai Kejohanan Jemputan Hangzhou selepas meraih gelaran Mr Universe di Mongolia, minggu lalu.

"Jadi, saya bersetuju menyertainya dengan hasrat untuk mengibarkan bendera Malaysia sekali lagi di pentas antarabangsa. Sepatutnya kejohanan di Mongolia yang terakhir bagi saya.

ATLET bina badan Malaysia, Mohd Syarul Azman Mahen tekad kibar bendera Malaysia di pentas antarabangsa.

"Secara tidak langsung, saya perlu meneruskan program diet yang bermula sejak Jun lalu. Jadi, saya perlu menjaga pemakanan terutamanya tidak boleh menjamah makanan kegemaran, nasi lemak sambal kerang.

"Ia tidak menjadi masalah kerana tahun lalu saya memulakan program diet bermula Mei hingga Disember bagi meraih gelaran Mr Universe buat kali pertama selain gelaran kedua Mr Asia," tambahnya.

Dua misi utama Syarul Azman pada tahun ini berjaya dilaksanakan apabila berjaya mempertahankan gelaran Mr Universe dan Asia sekali gus menjadikan dia antara atlet negara yang bertaraf dunia.

"Saya tidak pasti siapa pencabar di China namun saya melihat kejohanan ini peluang untuk mengukuhkan reputasi di pentas antarabangsa," tambahnya.



Sumber Syarul belum boleh jamah nasi lemak sambal kerang

Related Posts :

0 Response to "Syarul belum boleh jamah nasi lemak sambal kerang"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect