Rakaman video yang dikeluarkan oleh saluran tempatan RTVM menunjukkan Seagal menyampaikan dialog perangi dadah bersama Duterte.
Seagal, 65, berada di Filipina bagi lokasi penggambaran filem terbarunya yang berkisar tentang kegiatan dadah dan jenayah, kata satu kenyataan dari istana presiden.Dalam kenyataan itu, Duterte memberitahu aktor yang sinonim dengan kemahiran bela diri tersebut, bahawa filem merupakan satu refleksi kehidupan.
Duterte turut mengulangi pendiriannya membanteras penggunaan dadah yang menyalahi undang-undang.
Sebelum ini dalam satu sidang akhbar Seagal berkata, bahawa dia tidak terfikir Manila adalah satu tempat yang bahaya untuk dikunjungi.
"Ia adalah tempat yang sedang membangun dengan kepimpinan baharu," kata Seagal kepada media Filipina.
Sumber Steven Seagal bertemu Duterte di Manila
0 Response to "Steven Seagal bertemu Duterte di Manila"
Post a Comment