Koordinator Deklarasi Rakyat, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berikrar akan memastikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ditangkap satu hari nanti.
Dalam ucapannya di himpunan ‘Sayang Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi’ di Padang Timur, di sini, malam tadi, dengan nada berkobar-kobar katanya, beliau berjanji akan berbuat demikian setelah melihat pelbagai ‘kerosakan’ dilakukan oleh Najib.
“Saya berikrar dan bersumpah, selagi hayat dikandung badan, saya bersumpah dengan 30 juta rakyat Malaysia, saya akan berjuang secara habis-habisan untuk menangkap Najib,” katanya.
Justeru, beliau meminta seluruh rakyat Malaysia bersatu hati melawan kerajaan kleptokrasi.
“Insya-ALLAH dengan gabungan kali kedua Tun Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim, selepas PRU14 kita akan pergi ke Putrajaya,” katanya.
Sumber: Sinar Harian
Sumber “Saya berikrar dan bersumpah. Saya akan berjuang habis-habisan tangkap Najib” – Datuk Seri Khairuddin
0 Response to "“Saya berikrar dan bersumpah. Saya akan berjuang habis-habisan tangkap Najib” – Datuk Seri Khairuddin"
Post a Comment