Ratu cantik pakai ‘gaun nasi lemak’ ke Las Vegas

Samantha Katie James memperagakan fesyen ‘nasi lemak’, yang dihiasi ‘telur’, ‘ikan bilis’, ‘timun’, ‘sambal’ dan ‘daun pisang’ dilekat di belakang gaunnya. — Foto ihsan Instagram/ sh3nt3ll3Samantha Katie James memperagakan fesyen ‘nasi lemak’, yang dihiasi ‘telur’, ‘ikan bilis’, ‘timun’, ‘sambal’ dan ‘daun pisang’ dilekat di belakang gaunnya. — Foto ihsan Instagram/ sh3nt3ll3KUALA LUMPUR, 31 Okt — Nasi lemak terlalu popular sehingga McDonald's mengambil ilham makanan ini untuk burgernya di Singapura.

Pengeluar kondom terkenal di dunia, sebuah syarikat Malaysia, menghasilkan bahan itu dengan “perisa nasi lemak”.

Kini, ratu cantik Malaysia 2017 pula akan menggayakan “fesyen” nasi lemak pula, rekaan pendatang baru Brian Khoo yang pernah dilatih di Dior. 

Samantha Katie James akan memakai fesyen tersebut, yang dihiasi “telur”, “ikan bilis”, “timun”, “sambal” dan “daun pisang” dilekat di belakang gaunnya.

Menurut foto-foto di Twitter kumpulan berita radio Astro, gadis kacukan Cina-Brazil dari Klang itu akan menggayakan untuk kategori pakaian kebangsaan.

Beliau akan memperagakan pakaian tersebut di pertandingan ratu cantik Miss Universe ke-66 di Las Vegas bulan depan.

Pakaian itu diumumkan petang ini dalam sidang media di Petaling Jaya.



Sumber Ratu cantik pakai ‘gaun nasi lemak’ ke Las Vegas

Related Posts :

0 Response to "Ratu cantik pakai ‘gaun nasi lemak’ ke Las Vegas"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect