Apandi dilantik peguam negara pada 28 Julai 2015 menggantikan Tan Sri Abdul Gani Patail. — Foto oleh Saw Siow Feng KUALA LUMPUR, 25 Okt — Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali hari ini mengesahkan beliau telah membuat laporan polis ke atas penulis blog Raja Petra Kamarudin berhubung artikel dakwaan rasuah.
Beliau berkata beliau membuat laporan tiga hari lalu.
“Pihak polis sedang menyiasat,” katanya menerusi mesej WhatsApp.
Raja Petra memuat naik dua artikel yang mendakwa Mohamed Apandi terbabit dalam tindakan rasuah semasa menjadi Hakim Mahkamah Persekutuan.
Artikel berkenaan yang bertajuk “Strong Rumours Surrounding the AG: Part 1 and Part 2” diterbitkan dalam blog Malaysia Today pada Jumaat dan Sabtu lalu.
Mohamed Apandi dilantik sebagai Peguam Negara pada 28 Julai 2015 menggantikan Tan Sri Abdul Gani Patail. — Bernama
Sumber Raja Petra tuduh rasuah, peguam negara lapor polis
0 Response to "Raja Petra tuduh rasuah, peguam negara lapor polis"
Post a Comment