Pulangan PPAP sama nilai dengan pendapatan 25 tahun Piko

Piko yang juga dikenali sebagai pelawak Daimaou Kosaka berkata demikian dalam satu temuramah rancangan TV Fuji "Downtown Now" pada 29 September lalu.

piko-taro

fmt-ohsem-inside-article1Ingat lagi lagu Pen Pine Apple Pen (PPAP)?

Ingat lagi kepada penyanyi lagu itu, pelawak Jepun bernama Piko Taro? Mungkin lagunya yang pernah viral suatu masa dahulu sudah suram sekarang tetapi lagu tersebut ternyata membawa rezeki melimpah ruah kepadanya.

Pada satu temuramah Piko mengaku dia memperoleh pulangan sama nilai dengan hasil pendapatan selama 25 tahunnya daripada lagu tersebut.

Piko yang juga dikenali sebagai pelawak Daimaou Kosaka berkata demikian dalam satu temuramah rancangan TV Fuji “Downtown Now” pada 29 September lalu.

Sebelum ini dalam rancangan TV “Nonstop!” Piko enggan mendedahkan jumlah tersebut malah berkata dia tidak mendapat walau sesen pun, lapor SoraNews 24.

Kini dia mengaku memperoleh “beratus-ratus juta yen” selepas sebulan lagu PPAP disiar dan menjadi viral.

Jumlah semua pendapatan PPAP itu termasuk penampilan komersial, undangan tetamu khas, kerjasama kolaborasi dan sebagainya sama dengan apa yang pernah diperolehnya dalam 25 tahun lalu sebelum PPAP, katanya.

Mungkin kita semua tidak boleh lupa betapa lagu itu menjadi popular dalam sekelip mata sehingga semua orang mula membuat video meme dengan lagu itu.

Youtube melaporkan video itu ditonton sekitar 2.6 bilion kali dan menaikkan populariti Piko sehingga muncul di rancangan seperti Sesame Street, Commercial Softbank dan video muzik.

Malah sebuah kafe PPAP dan siri TV animasi juga dihasilkan, lapor Asia News Network.


Comments

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments



Sumber Pulangan PPAP sama nilai dengan pendapatan 25 tahun Piko

Related Posts :

0 Response to "Pulangan PPAP sama nilai dengan pendapatan 25 tahun Piko"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect