Polis gagal tambah tempoh reman, Wan Ji dibebas

Wan Ji Wan Husin (kanan) bersama peguam Zulhazmi Shariff selepas dibebaskan berikutan polis gagal mendapatkan lanjutan tempoh reman terhadap pendakwah tersebut. — Foto ihsan Facebook/Zulhazmi ShariffWan Ji Wan Husin (kanan) bersama peguam Zulhazmi Shariff selepas dibebaskan berikutan polis gagal mendapatkan lanjutan tempoh reman terhadap pendakwah tersebut. — Foto ihsan Facebook/Zulhazmi ShariffKUALA LUMPUR, 15 Okt — Pendakwah Wan Ji Wan Husin dibebaskan berikutan permohonan melanjutkan tempoh reman selama tiga hari lagi, ditolak.

Peguam Zulhazmi Shariff berkata pegawai penerangan di pejabat ketua menteri Pulau Pinang itu dibebaskan hari ini di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, lapor Malaysiakini.

Wan Ji ditangkap di Masjid Seberang Jaya pada Jumaat lalu selepas menyampaikan khutbah di masjid itu.

Beliau ditahan mengikut Akta Hasutan 1948 kerana didakwa menghina sultan sebelum dipindahkan ke IPD Dang Wangi.



Sumber Polis gagal tambah tempoh reman, Wan Ji dibebas

Related Posts :

0 Response to "Polis gagal tambah tempoh reman, Wan Ji dibebas"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect