Perak berkabung selepas kemangkatan Raja Nor Mahani

Bendera Perak di seluruh negeri berkibar separa tiang hari ini.

Raja-Nor-Mahani-Raja-Shahar-Shah

IPOH: Raja Puan Besar Perak, Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah mangkat di Petaling Jaya, pada 5.07 petang semalam.

Menteri Besar Datuk Seri Zambry Abd Kadir berkata jenazah Raja Nor Mahani, 74, akan disemayamkan di Istana Al-Ridhuan di sini sebelum dimakamkan di Makam Diraja Kuala Kangsar selepas solat Asar hari ini.

Beliau berkata orang ramai boleh memberi penghormatan terakhir mulai 10 pagi hingga 11.30 pagi, manakala bagi pembesar negeri dan orang kenamaan bermula 11.30 pagi.

“Sebagai tanda bersedih dan dukacita dengan titah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak, negeri Perak akan berkabung sehingga selesai pemakaman dan bendera negeri hendaklah dikibarkan separa tiang,” katanya.

Raja Nor Mahani merupakan isteri Raja Muda Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa, 76, dan dikurniakan 2 cahaya mata iaitu Raja Shah Azman, 43, dan Raja Nor Azwina, 41.

Dilahirkan pada 1942, Raja Nor Mahani dimasyhurkan sebagai Raja Puan Besar Perak pada 2014 di hadapan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah di Istana Iskandariah Kuala Kangsar.


Comments

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments



Sumber Perak berkabung selepas kemangkatan Raja Nor Mahani

Related Posts :

0 Response to "Perak berkabung selepas kemangkatan Raja Nor Mahani"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect