Kira-kira 600 penyokong baju merah menyerbu ibu pejabat Utusan Melayu (M) Berhad sejak pukul enam petang tadi.
Mereka bukanlah kumpulan baju merah yang berhimpun secara haram di ibu negara sebaliknya merupakan penyokong-penyokong kelab gergasi Inggeris iaitu Liverpool dan Manchester United yang datang untuk menyaksikan kemeriahan Liga Inggeris di layar skrin Utusan-Standard Chartered.
Tontonan siaran langsung beramai-ramai ini bukan sekadar melakar kemeriahan perlawanan liga Inggeris di bawah satu lokasi eksklusif.
Penyokong yang hadir bersama keluarga turut berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah utama berupa dua tiket penerbangan kelas perniagaan pergi balik Kuala Lumpur ke London tajaan Malaysia Airlines.
Sumber: UTUSAN ONLINE
Sumber Penyokong baju merah serbu pejabat Utusan
0 Response to "Penyokong baju merah serbu pejabat Utusan"
Post a Comment