KUALA TERENGGANU: Pelaksanaan aplikasi digital termasuk penggunaan kad debit di sekolah negara ini akan diperluaskan secara berperingkat selaras usaha mendidik pelajar untuk bergerak seiring dengan perkembangan dunia era digital, kata Menteri PendidikanDatuk Seri Mahd-zir Khalid.
Beliau berkata kementerian akan melaksanakan aplikasi digital itu mengikut kemampuan sekolah terutamanya sekolah di luar bandar dari segi penggunaan kada debit untuk membeli makanan di kantin dan barangan di koperasi sekolah.
"Kita perlu didik pelajar untuk sedia berhadapan dengan dunia digital yang salah satunya ialah 'cashless' (tanpa tunai) kerana di luar sana orang dah pakai kad debit, orang dah tak pakai tunai," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis graduasi 390 pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Sulaiman di sini, hari ini.
"Sekarang ini contohnya penggunaan Smart Board telah dilaksanakan di banyak sekolah. Keputusan peperiksaan misalnya juga boleh disemak ibu bapa melalui telefon pintar. Mungkin sekolah-sekolah boleh guna aplikasi perakam waktu atau paparan skrin sentuh mengikut kesesuaian," katanya.
Ketika ini, tiga sekolah berasrama penuh iaitu SMK Sains Seri Puteri di Putrajaya, Kolej Tunku Kurshiah di Negeri Sembilan dan Sekolah Datuk Abdul Razak di Kedah telah menggunakan kad debit sebagai sebahagian aplikasi digital sekolah mereka.
-- BERNAMA
Sumber
Penggunaan kad debit di sekolah akan diperluas - Mahdzir
Related Posts :
Najib 61 kali lawat Sabah, Sarawak, Mahathir jarangDatuk Seri Najib Razak menghadiri perayaan Hari Gawai di rumah panjang Kayan di Long Silat, Bekenu, Sarawak, 2 Jun 2014. ― Foto BernamaSONG,… Read More...
Johan As'ari kesal masih dikaitkan dengan Lana Nodin
PELAKON Johan As'ari meluahkan rasa kesal apabila terdapat sesetengah netizen yang masih lagi mengaitkan nama pelakon Lana Nodin dengan dir… Read More...
Dr M: Hari kerja kena mengundi ‘cara tipu pengundi’Tun Dr Mahathir Mohamad menyelar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menetapkan hari membuang undi pada Rabu, 9 Mei ini. — Foto oleh Firdaus… Read More...
Neelofa akui Fazura pencabar terdekat
KEMENANGAN pengacara dan pelakon popular, Noor Neelofa Mohd Noor, menerusi kategori Top Top Meletop (Wanita) di Anugerah MeleTop Era 2018 (… Read More...
Senarai calon Terengganu yang tular tak betul, kata MBDatuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman menyatakan senarai calon masih dalam pertimbangan presiden Umno. ― Foto oleh Yusof Mat IsaKUALA TERENGGANU… Read More...
0 Response to "Penggunaan kad debit di sekolah akan diperluas - Mahdzir"
Post a Comment