Video yang dirakam itu menunjukkan Abdullah cuba membuka bagasi penumpang penerbangan Jetstar Airways pada Selasa lalu di Bay 15, Lapangan Terbang Antarabangsa Phuket, ketika kerja-kerja memasuki bagasi ke dalam ruangan kargo.
Abdullah telah didakwa atas kesalahan mencuri dan dibawa ke Balai Polis Saku untuk tindakan selanjutnya.
Sementara itu di laman Facebook group Backpackers Buddies Malaysia, netizen menyarankan orang ramai berhati-hati dan mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.
"Mahu atau tidak, bagasi besar atau kecil, bungkuskan saja dengan plastik strap tu. Biar rugi RM10+ asalkan barang kita selamat. Paling tidak pun, kunci penutup zip dengan selak manga kecil.
"Selain itu juga, penggunaan strap ini boleh mengelak individu yang tidak bertanggungjawab seperti itu memasuki barang-barang yang berbahaya seperti dadah ke dalam bagasi. Kalau tak, tak pasal-pasal jadi keldai dadah," kata netien.
Sumber Pengendali bagasi (airport) kantoi geledah dan curi barang penumpang
0 Response to "Pengendali bagasi (airport) kantoi geledah dan curi barang penumpang"
Post a Comment