Pemilik rumah tak tahan kawasan parkir rumah sering dibaling najis dan air kencing, suspek sudah ditahan polis

POLIS menahan seorang lelaki berusia 43 tahun selepas menerima laporan dia sering membuang bungkusan berisi najis dan air kencingnya ke kawasan parkir kereta milik sebuah keluarga di Telok Air Tawar, Butterworth.

 

 

Pemilik rumah tak tahan kawasan parkir rumah sering dibaling najis dan air kencing, suspek sudah ditahan polis

Pemilik rumah tak tahan kawasan parkir rumah sering dibaling najis dan air kencing, suspek sudah ditahan polis

 

Dalam kejadian 3.40 petang Rabu lalu, suspek diberkas selepas satu laporan polis dibuat oleh pemilik rumah yang sudah tidak tahan diperlakukan sedemikian oleh lelaki berkenaan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, mangsa mendakwa sudah tidak tahan apabila kawasan parkir di rumahnya sering dibaling dengan najis dan air kencing sehingga terkena pada kereta.

Menurutnya, jiran serta ibu mentua mangsa juga sering melihat suspek datang ke rumah dan membuang bungkusan berisi najis dan air kencing.

Noorzainy berkata, suspek yang mengaku melakukan perkara itu ketika soal siasat mempunyai empat rekod jenayah lampau.

Katanya, suspek ditahan reman selama lima hari sehingga 29 Oktober dan akan dituduh mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana khianat yang memperuntukkan penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Sumber: Metro



Sumber Pemilik rumah tak tahan kawasan parkir rumah sering dibaling najis dan air kencing, suspek sudah ditahan polis

Related Posts :

0 Response to "Pemilik rumah tak tahan kawasan parkir rumah sering dibaling najis dan air kencing, suspek sudah ditahan polis"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect