Pemandu teksi MAB tumbuk pemandu GrabCar di LTSIP

eorang pemandu kenderaan GrabCar cedera ditumbuk sekumpulan pemandu teksi MAB Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra. ― Foto fail Today

Seorang pemandu kenderaan GrabCar cedera dipukul sekumpulan pemandu teksi Malaysia Airlines Bhd (MAB).

Mangsa, 20-an ditumbuk pada jam 4.15 petang semalam ketika mahu mengambil penumpang di pintu D Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) Pengkalan Chepa, lapor Berita Harian.

Wakil pemandu Grab Azizi Ismail mendakwa pemandu teksi MAB kerap mengganggu pemandu GrabCar malah mereka diugut dibakar kereta dan dirampas kunci

Pengerusi Teksi LTSIP pula berkata mendakwa mangsa tidak menghiraukan amaran supaa tidak mengambil penumpang di kawasan itu sebaliknya memecut laju.

Memohon maaf dan menyifatkannya salah faham, Abdul Rashid Mamat berkata pemandu teksi lain terkejut dengan perbuatan itu sebelum beberapa pemandu teksi datang dan memukul mangsa.

Sumber: Projek MMO



Sumber Pemandu teksi MAB tumbuk pemandu GrabCar di LTSIP

Related Posts :

0 Response to "Pemandu teksi MAB tumbuk pemandu GrabCar di LTSIP"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect