Pemakanan Yang Baik Untuk Mereka Yang Bergelar Usahawan

Salah satu nikmat yang Tuhan bagi kepada manusia adalah nikmat makanan. Kita adalah satu-satunya makhluk ciptaannya yang boleh memakan pelbagai jenis makanan, boleh memilih jenis makanan yang kita sukai.

Walaupun tiada had untuk kita dalam amalan pemakanan namun anugerah yang satu ini sering kita abaikan dan kita salah guna sehingga memburukkan kesihatan kita sendiri.

Pepatah Arab ada mengatakan, “Akal yang sihat berada di tubuh yang sihat.”

Kesihatan kita adalah tanggungjawab kita dan gaya pemakanan kita banyak mempengaruhi tahap kesihatan tubuh badan kita.

Amalkan pengambilan makanan seperti berikut untuk memberikan nutrisi yang cukup bagi keperluan tubuh badan dan membolehkan otak dan tubuh kita berada dalam kondisi yang baik setiap hari.

#1-Makan Kunyit Hidup.

Image result for kunyit

Penggunaan kunyit sememangnya sudah terkenal sejak zaman dahulu lagi terutamanya dalam kalangan penduduk India dalam masakan mereka dan sebagai agen pewarna.

Selalunya kunyit diproses menjadi rempah dan ia mengandungi anti-oksidan yang sangat tinggi.

Ia boleh melancarkan perjalanan darah dan mengelakkan daripada risiko menghidap tumor otak.

Menurut kajian yang dilakukan, kunyit mengandungi sejenis bahan yang boleh membantu pesakit yang menghidap Alzheimer.

Dikatakan rempah kari pula boleh membantu menguatkan daya ingatan dan menghasilkan sel-sel baharu dalam otak.

Ada pakar kesihatan yang menasihatkan untuk makan kunyit hidup pada awal pagi setiap hari kerana dipercayai boleh mengelakkan pelbagai jenis penyakit.

#2- Brokoli Adalah Rakan Terbaik Anda.

Related image

Rasanya sedari kecil lagi kita sudah diajar untuk makan sayur-sayuran oleh ibu-bapa kita.

Ada yang berjaya dididik untuk menjadikan sayur sebagai sebahagian daripada pola pemakan mereka hingga kini dan ada yang sehingga kini seolah-olah ‘alah’ kepada makanan.

Jika anda tidak suka makan sayur-sayuran hijau kerana rasanya yang pahit atau tidak sedap, anda boleh jadikan sayur brokoli sebagai teman setia anda waktu makan.

Brokoli mengandungi bahan yang memberi kebaikan kepada kadar kolesterol badan anda.

Ia juga mengandungi kadar ‘glucosinolates’ yang tinggi dalam badan yang membantu mengawal saraf gementar dalam badan.

Yang paling bagusnya adalah brokoli membantu melambatkan proses penuaan. Berita baik untuk kaum wanita bukan?

Brokoli juga membuatkan pandangan mata lebih cergas dan bercahaya. Dengan brokoli anda boleh menjadi cantik dan sihat dengan kos yang murah.

#3-Kuatkan Minda Anda Dengan Kacang ‘Walnut’.

Image result for kacang walnut

Kekacang turut tersenarai dalam piramid makanan bagi kategori bijirin.

Walnut adalah salah satu kekacang yang baik untuk kesihatan. Ia mengandungi Omega-3, anti-oksida dan lain-lain lagi yang terbukti boleh mengelakkan penuaan pada otak.

Dapatan kajian mendapati kacang ‘walnut’ sememangnya baik meningkatkan fungsi otak dan banyak digunakan untuk berkaitan dengannya.

Seperti kebanyakkan kacang-kacang bagus yang lain, kacang walnut juga bukanlah berasal dari Malaysia namun anda boleh dapatinya di pasaraya-pasaraya yang terpilih.

#4-Buah Beri Biru Untuk Pelbagai Kegunaan.

Related image

Buah beri terkenal kerana kebaikkannya meningkatkan kecergasan otak.

Selain kerana kebaikannya kepada otak kerana dikatakan boleh meningkatkan kepandaian otak.

Mereka juga boleh membantu meningkatkan kecantikan kulit dengan membuatkan ia lebih putih dan bercahaya.

Sememangnya buah beri ini sudah lama terkenal di Barat dan menjadi pilihan dalam menu makanan mereka.

#5-Ikan Sebagai Sumber Protein Terbaik.

Image result for ikan kukus

Mengikut kajian, manusia tidak dapat menghasilkan omega 3 seperti yang terdapat dalam ikan.

Omega 3 sangat bagus untuk mencegah sakit jantung, mengurangi risiko Alzheimer, meningkatkan kesihatan kulit dan rambut,mengurangkan tekanan dan turut membantu perkembangan otak.

#6-Amalkan Pemakanan Sunnah.

Image result for makanan sunnah

Sebagai umat Islam, kita sudah mempunyai garis panduan pemakanan yang hebat.

Jika kita mengikut sunnah pemakanan yang diamalkan oleh para Nabi, pasti kita akan terhindar dengan banyak penyakit yang banyak berpunca daripada pemakanan.

Antara makanan yang amat digalakkan dalam pemakanan seharian kita adalah seperti madu, kismis, kurma, buah tin, minyak zaitun, habatus sauda’dan susu kambing.

Kesemua yang diatas ini dikenali sebagai makanan sunnah dan telah diamalkan oleh baginda Muhammad s.a.w sendiri.

Setiap daripada jenis makanan ini memberikan kebaikan yang tersendiri untuk kesihatan dari hujung kepala ke hujung kaki.

Jika diamalkan secara konsisten, diiringi dengan gaya hidup yang sihat seperti kerap bersenam dan beriadah, pasti tahap kesihatan kita menjadi lebih baik.

Jangan lupa, ikuti adab makan yang dianjurkan dalam Islam seperti berhenti makan sebelum kenyang dan banyak lagi bagi kekal sihat, cergas,cantik dan awet muda.



Sumber Pemakanan Yang Baik Untuk Mereka Yang Bergelar Usahawan

Related Posts :

0 Response to "Pemakanan Yang Baik Untuk Mereka Yang Bergelar Usahawan"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect