Sebagai manusia setiap hari aku berhadapan dengan situasi menahan marah. Apatah lagi hidup aku dikelilingi oleh manusia-manusia yang bodoh dan haprak, terencat akal serta berkudis penuh dalam kepala. Ya, berkudis penuh dalam kepala, malah berkutil-kutil, jijik kan. Begitulah aku menggambarkan jijiknya akan melihat manusia sebegitu.
Biasa sewaktu aku memandu, akan ternampak pemandu dari kereta di depan mencampakkan otaknya di keluar tingkap dan bersepah. Kepala babi mana yang suka buat perangai macam tu? Ramai. Sangat ramai.
Kalau diikutkan benak aku yang marah, aku nak keluar dari kereta, kutip otak tu, dan humban kepada tuannya semula. Tapi hal itu akan membuatkan tercetus pergaduhan yang besar dan aku akan didakwa. Dan aku rasa tak ada undang-undang yang boleh back up aku – tuduhan mencetuskan pergaduhan. Dan kalau aku panas hati, aku terpukul lagi teruk.
Aku terpaksa kenang semula pesan isteri aku, jangan buat apa-apa yang membolehkan aku di-lock up. Sufian Abas pun ada ingatkan, “kau kena jaga-jaga, kau jangan kena dakwa lagi. Semua hal company nama kau.” Ternyata Sufian lebih risau jika gajinya tak masuk berbanding kesejahteraan aku. Ternyata.
Entah demi Tuhan atau demi Setan, aku pernah sekali dari dalam lift merempuh orang yang berebut-rebut nak masuk tanpa menunggu orang di dalam untuk keluar dulu. Hentakan aku sangat keras aku rasakan, orang tersebut berhenti dan marah.
Tapi aku tak pedulikan, aku jalan terus dengan tenang. Aku cuma tak suka dan bengang, bukan nak mencari gaduh. Tapi Sinaganaga yang turut dari belakang aku berpatah balik, “Apahal? Sekarang nak macam mana? Nak bergaduh ke?” Kuat dia memekik. Selepas itu aku tak dengar lagi orang yang aku rempuh dengan keras dan dengan sengaja tadi bising-bising lagi.
Ya, orang bodoh dimana-mana. Itu aku harus akur dan terima sebagai takdir. Buang sampah keluar kenderaan, masuk lift atau LRT tak reti tunggu orang keluar, ambik petak parking OKU tanpa rasa bersalah, dan banyak lagi.
Aku harus terima nasib kerana lahir di sebuah negara yang mementingkan untuk mencapai kemajuan infrasruktur dan ekonomi, tapi terlupa, kemajuan akal dan fikiran adalah paling utama jika mahu semua kemajuan tadi bernilai.
Bila bercakap tentang isu seperti kita selalu tamatkan dengan “Kita bukan nak cari salah sesiapa, tapi nak mencari pembaharuan.” Fuck! Pembaharuan motherfucker? Aku menulis ini memang nak menyatakan salah siapa? Salah siapa bila rakyat tiada langsung pendidikan sosial?
Salah Kementerian Pendidikan Malaysia. Kau bangsat paling memalukan.
Aloy Paradoks – full
Sumber Orang Bodoh Di Mana-mana
0 Response to "Orang Bodoh Di Mana-mana"
Post a Comment