Najib umum RM50 juta, latihan GiatMara untuk tahfiz berdaftar

Pengumuman selaras dengan komitmen kerajaan memastikan tahap keselamatan pusat tahfiz dan pelajar tahfiz tidak tersisih daripada arus pembangunan negara.

Budget-2018-tahfizPETALING JAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan peruntukan RM50 juta dan skim latihan kemahiran untuk para pelajar bagi pusat tahfiz yang berdaftar dengan kerajaan.

Pengumuman itu selaras dengan kenyataan Najib sebelum ini, bahawa kerajaan komited memastikan tahap keselamatan pusat tahfiz berdaftar dan pelajar tahfiz tidak tersisih daripada arus pembangunan negara.

Najib di pembentangan Bajet Persekutuan 2018 di Dewan Rakyat hari ini mengumumkan peruntukan MR50 juta kepada GIATMARA Sendirian Berhad (GiatMara) bagi membaik pulih dan menyelenggara sistem pendawaian di semua sekolah tahfiz yang berdaftar.

GiatMara merupakan sebuah institusi latihan kemahiran teknikal dan vokasional kepada belia di bawah Majlis Amanah Rakyat (Mara).

Selain itu, kerajaan mengumumkan pengenalan Skim Latihan Kemahiran GiatMara bagi melatih pelajar sekolah tahfiz, sebagai persediaan menjadi tenaga kerja mahir dan usahawan teknikal bagi memenuhi keperluan ndustri kegiatan ekonomi.

“Demi memartabatkan syiar Islam dan pengutuhan jati insan,” kata Najib.

Najib ketika mengumumkan perkara ini menyentuh mengenai tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang meragut 23 nyawa, selepas mangsa gagal melepaskan diri daripada bangunan yang terbakar, kerana pengusaha tahfiz tidak menyediakan ciri-ciri keselamatan kebakaran.

“Setulus takziah kita ucapkan kepada keluarga yang terlibat,” kata perdana menteri. Setakat ini, belum ada tindakan undang-undang diambil terhadap pengusaha tahfiz terbabit.

Kerajaan sebelum ini menggesa sekolah tahfiz berstatus ragu supaya berdaftar dengan pihak berkuasa bagi membolehkan pemantauan lebih ketat dari segi kurikulum, prasarana dan keselamatan, di samping penyaluran bantuan.

Kelmarin di Dewan Rakyat, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar berkata pemeriksaan dari 26 September hingga 17 Oktober mendapati 910 sekolah tahfiz (73.5%) berdaftar dengan pihak berkuasa agama dan 328 sekolah tahfiz (26.5%) tidak berdaftar.

Menurut Noh Omar lagi, hanya 80 daripada 1,238 pusat tahfiz di seluruh memiliki kelulusan bangunan daripada bomba, dan 252 pusat tahfiz tidak mematuhi piawaian keselamatan kebakaran.

“Kerajaan telah memberi RM30 juta, tetapi bantuan itu digunakan untuk membayar gaji dan tidak memberi tumpuan kepada aspek keselamatan,” kata Noh.


The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



Sumber Najib umum RM50 juta, latihan GiatMara untuk tahfiz berdaftar

Related Posts :

0 Response to "Najib umum RM50 juta, latihan GiatMara untuk tahfiz berdaftar"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect