Najib umum 2020 Tahun Melawat Malaysia

Datuk Seri Najib Razak berkata Malaysia akan menjadi tuan rumah kepada persidangan APEC dan CHOGM pada 2020. ― Foto oleh Yusof Mat IsaDatuk Seri Najib Razak berkata Malaysia akan menjadi tuan rumah kepada persidangan APEC dan CHOGM pada 2020. ― Foto oleh Yusof Mat IsaKUALA LUMPUR, 27 Oct ― Datuk Seri Najib Razak mengisytihar 2020 sebagai Tahun Melawat Malaysia pada pembentangan Bajet 2018.

Perdana menteri berkata Malaysia juga akan menjadi tuan rumah kepada persidangan Kerjasama Asia Pasifik (APEC) dan Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) pada tahun itu.

Beliau juga mengumumkan:

― RM2 bilion untuk Tabung Pelancongan Perusahaan Kecil Sederhana sebagai pinjaman kepada pengusaha pelancongan.

― Menambah RM1 bilion kepada Tabung Pembangunan Infrastruktur Pelancongan sebagai pinjaman mudah.

― Peruntukan RM30 juta disediakan kepada Majlis Pelancongan Penjagaan Kesihatan Malaysia

― Pembinaan projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL), menghubungkan Pelabuhan Klang ke Pengkalan Kubor, Kelantan mulai Januari 2018.

― Mempercepatkan pembinaan MRT3 atau Circle Line, dijangka siap pada 2025, lebih awal berbanding 2027.

― Pulau Pangkor, Perak diisytiharkan pulau bebas cukai (tidak termasuk minuman keras, rokok dan kenderaan bermotor).

― Membangunkan zon ekonomi sempadan khas di Bukit Kayu Hitam untuk merancakkan ekonomi di bahagian utara Semenanjung.

― Peruntukan RM1 bilion untuk Tabung Pengangkutan Awam bagi modal kerja dan pembelian aset seperti bas dan teksi.

― RM45 juta peruntukan untuk mewujudkan satu sistem kawalan biometrik bagi memantau pemanduan perkhidmatan bas ekspres. 

― Menaik taraf lapangan terbang antarabangsa Pulau Pinang dan lapangan terbang antarabangsa Langkawi.

― Pembinaan baharu lapangan terbang Mukah dan pembesaran lapangan terbang Kota Baru dan Sandakan.



Sumber Najib umum 2020 Tahun Melawat Malaysia

Related Posts :

0 Response to "Najib umum 2020 Tahun Melawat Malaysia"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect