Mufti: ‘Larian zombie’ tidak rosak akidah tapi merepek

Seorang peserta ‘Larian Zombie’ yang diadakan di Kangar pada 7 Oktober 2017. ― Foto ihsan Facebook/Al FakirSeorang peserta ‘Larian Zombie’ yang diadakan di Kangar pada 7 Oktober 2017. ― Foto ihsan Facebook/Al FakirKANGAR, 11 Okt ― “Larian Zombie” yang dianjurkan Sabtu lalu tidak merosakkan akidah peserta namun Islam melarang umat berpakaian pelik, kata mufti Perlis.

Datuk Mohd Asri Zainul Abidin berkata “acara itu merepek” dan mengesyorkan idea lain dicari untuk menarik lebih penyertaan, lapor Utusan Online.

“Kalau dikaitkan dengan kurafat OK, tetapi tidaklah rosak akidah kerana mereka [wanita] pun masih memakai tudung [menutup aurat],” katanya dalam ceramah.

“Pada saya, tiada kelebihan pun [memakai pakaian menyerupai zombie] dan dalam hal ini, kita mestilah bertindak seperti orang yang matang.”

Mohd Asri mengulas kritikan di media sosial mengenai acara yang dianjurkan Majlis Perbandaran Kangar (MPK) di sini sejauh 5km hujung minggu lalu. 



Sumber Mufti: ‘Larian zombie’ tidak rosak akidah tapi merepek

Related Posts :

0 Response to "Mufti: ‘Larian zombie’ tidak rosak akidah tapi merepek"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect