KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) menafikan dakwaan Taufan Lan akan melanda Sabah seperti yang tular di media sosial.
Ketua Pengarah METMalaysia, Alui Bahari berkata orang ramai diingatkan untuk tidak percaya khabar angin itu sebaliknya mendapatkan maklumat sahih daripada pihak METMalaysia.
“Untuk makluman, Taufan Lan yang pada ketika ini berada di timur Filipina dijangka bergerak ke arah utara yang semakin menjauhi rantau Malaysia menuju ke Jepun.
“Kesan sampingan taufan ini telah menyebabkan cuaca lembap beserta angin kencang di barat dan utara Sabah serta Wilayah Persekutuan Labuan mulai 17 Oktober hingga 21 Oktober 2017,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Orang ramai dinasihatkan agar mendapatkan maklumat sahih dari laman sesawang METMalaysia, www.met.gov.my, aplikasi mobil myCuaca, Facebook: Malaysiamet, Twitter: @malaysianmet atau MetMalaysia Hotline di talian 1300221638.
Sumber
METMalaysia nafi Taufan Lan bakal melanda Sabah
Related Posts :
Pencuri pecah masuk rumah panik, serah ic sendiri kemudian larikan diriPanik perbuatannya sedang mencuri disedari pemilik rumah, seorang penjenayah menyerahkan MyKad miliknya kepada pemilik terbabit sebelum mela… Read More...
KJ andai 4 pemain JDT bersara dari skuad kebangsaan ada kaitan dengan komen TMJMenteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengandaikan isu persaraan beberapa pemain bola sepak kebangsaan mungkin berkaitan deng… Read More...
Terjawab sudah, TMJ dedah punca sebenar 4 pemain JDT bersara dari skuad kebangsaanMENGENAI PERSARAAN PEMAIN-PEMAIN DARI SKUAD KEBANGSAAN, FAM DAN FMLLP
MENGENAI PERSARAAN PEMAIN-PEMAIN DARI SKUAD KEBANGSAAN, FAM DAN FMLLP… Read More...
“Semua polih ambik duit, bakpo demo tok seh amik duit, setahu saya semua polih make rasuah”Gara-gara mengganggu tugas penjawat awam, pemandu lori di reman selama tiga hari bermula semalam untuk membantu siasatan.
Padah biadab deng… Read More...
“Dia masih bidadari saya.. saya sanggup uruskan isteri selagi hayat masih dikandung badan”“Saya sanggup uruskan isteri dari hujung kaki sampai hujung rambut selagi hayat masih dikandung badan,” demikian tekad Safwadi Ishak, 39, su… Read More...
0 Response to "METMalaysia nafi Taufan Lan bakal melanda Sabah"
Post a Comment