KUALA LUMPUR 4 Okt. – Kepemimpinan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini dikecam di laman sosial termasuklah dalam kalangan pemimpin propembangkang berikutan tindakan kerajaan negeri tadbirannya merobohkan dua rumah bekas pegawai masjid Lapangan Terbang Antarabangsa Subang dekat sini.
MB Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dikecam kerana robohkan dua rumah bekas pegawai masjid Lapangan Terbang Antarabangsa Subang
Aktivis propembangkang, Khalid Mohd. Ismath menerusi laman sosial Facebook memuat naik kenyataan menzahirkan rasa tidak puas hati dengan tindakan Mohamed Azmin serta kerajaan negeri tadbirannya itu.
Ketua Pemuda Parti Sosialis Malaysia (PSM) itu juga mendakwa ramai yang hadir membantah tindakan perobohan tersebut turut dipukul dengan cota di kepala termasuklah dirinya.
“Jika anda dapat merasa betapa kerasnya kayu cota. Ini hanya berlaku di zaman kerajaan Barisan Nasional (BN) memerintah.
“Namun hari ini, di depan kami, pegawai kerajaan negeri, pejabat tanah dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) serta Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan bukti kerajaan Mohamed Azmin arah terus roboh walau proses mahkamah masih berjalan.
“Ramai yang dipukul cota di kepala, berdarah dan luka. Saya juga disebat di kepala depan pintu rumah penduduk selepas benteng manusia kami terputus,” katanya.
Ahli Jawatankuasa Pusat PSM, S. Arutchelvan menerusi satu kenyataan pula mengkritik alasan yang diberikan Kerajaan Negeri Selangor bahawa isu tersebut bukan di bawah bidang kuasa mereka.
“Ini adalah satu penipuan. Pentadbiran tanah adalah sepenuhnya di bawah kuasa kerajaan negeri. Maka, dalam isu ini kerajaan negeri mempunyai kuasa penuh untuk menghentikan perobohan itu,” ujar beliau.
Dalam pada itu, sebuah laman blog khairulryezal.blogspot.my menjelaskan rayuan telah dibuat untuk menangguhkan perobohan itu sehingga dua keluarga terlibat mendapat tempat tinggal baharu, namun selepas empat hari kediaman itu dirobohkan.
“Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Damansara, Datuk Halimaton Saadiah sedang berusaha mendapatkan kediaman baharu kepada dua keluarga itu manakala pihak Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan juga bersedia memberikan kerjasama, namun selepas empat hari, kediaman itu dirobohkan.
“Zalim? Anda nilaikan sendiri,” jelas laman blog itu.
Sumber MB Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dikecam kerana robohkan dua rumah bekas pegawai masjid Lapangan Terbang Antarabangsa Subang
0 Response to "MB Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dikecam kerana robohkan dua rumah bekas pegawai masjid Lapangan Terbang Antarabangsa Subang"
Post a Comment