Amar atau nama sebenar Amar Asyraf Zailuddin, 30, berkata, jualan produk pencuci alat sulit lelaki itu masih berjalan seperti biasa dan ia tiada kaitan dengan penipuan kes hartanah yang gempar sebelum ini.
"Pasal kes terbaharu, saya pun tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku.
"Produk pencuci bawah syarikat DBI Health & Beauty, rasanya tiada kaitan dengan kes hartanah tu," ujarnya.
Akhbar sebelum ini melaporkan Datuk Boy Iman, 37 , ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan pembinaan rumah harga murah membabitkan nilai kira-kira RM6.2 juta.
Menurutnya lagi, dia tidak berhasrat untuk menamatkan kontrak sebagai duta produk itu.
Dia juga akan meneruskan tugasnya sebagai duta sehingga kontrak tamat pada Jun tahun depan.
Dalam perkembangan lain, Amar memberitahu dia dijemput untuk mengarahkan sebuah pementasan teater bertajuk Projek Tiga di Singapura pada 17, 18, 19 November depan.
"Saya memang rasa bangga. Bukan mudah untuk orang kita dijemput mengarah teater di sana.
"Rasa syukur pun ada. Iyalah, ada juga orang yang pandang bakat dan kebolehan saya," katanya lagi.
Sumber “Masih Duta Produk Cuci Alat Sulit” – Amar Asyraf
0 Response to "“Masih Duta Produk Cuci Alat Sulit” – Amar Asyraf"
Post a Comment