Marsha Tidak Peduli Gelaran Juara, Serius Mahu Bina Jenama Penyanyi

Marsha Tidak Peduli Gelaran Juara, Serius Mahu Bina Jenama Penyanyi

Marsha mahu peminat menerimanya sebagai penyanyi. (Pic: Aishah Aziz)

Sejujurnya soal menang tidak menjadi percaturan Marsha saat bersetuju menyertai AF Megastar yang sudahpun melabuhkan tirai Ahad lalu. Melangkah kaki dalam pertandingan itu bermakna satu peluang besar bagi dirinya membuktikan kemampuan yang dimiliki.

Lantaran, sejak minggu pertama Marsha sudah mengeluarkan satu demi satu pelurunya menerusi persembahan yang ditampilkan.

"Saya memang mahu buktikan bakat saya sebagai penyanyi. Sebab itu sejak awal saya tidak pernah ambil peduli untuk menang.

Kurang dipandang sebagai penyanyi.

"Saya memang menyusun corak persembahan yang pelbagai bersama pasukan saya untuk saya pamerkan kepada penonton," katanya kepada Rojak Daily Kaw!

Marsha menjadikan AF Megastar sebagai lapang sasar bagi dirinya mengeluarkan satu demi satu peluru bagi membidik kerjaya nyanyiannya yang sebelum ini tersasar dari apa yang sepatutnya.

"Saya kurang dipandang sebagai penyanyi, jadi di pentas ini saya memang nekad untuk pamerkan kemampuan saya.

Serius membina jenama sebagai penyanyi.

"Sebab itu kalau lihat memang persembahan saya berbeza saban minggu. Inilah yang Marsha Milan Londoh mampu lakukan.

"Bukan sombong, tapi semua ini adalah sebagai bukti betapa saya serius membina jenama sebagai penyanyi," katanya teruja.

Ternyata semangat juang Marsha yang popular menerusi lagu Untuk Terakhir Kali bukan sembarangan. Dia melangkah penuh gaya sebagai finalis AF Megastar dan memberikan saingan sengit kepada empat lagi peserta.

Punya pesona dan aura tersendiri.

Bintang kelahiran Sabah ini juga mendapat komen positif dan membanggakan daripada barisan juri profesional yang melihat dirinya tampil dengan persembahan bertenaga setiap minggu.

Marsha juga dikatakan memiliki pesona dan aura tersendiri setiap kali beraksi di pentas konsert AF Megastar.

Melantunkan lagu Pilihlah Aku, Marsha juga tampil hebat pada persembahan akhir dan mendapatkan tepukan gemuruh peminatnya dan penonton di Bangunan Teater Shah Alam.

Promosi single terbaru, Hilang.

Kala ditemui, figura yang sentiasa manis dengan senyuman ini mengakui gembira kerana berjaya melaksanakan misi sepanjang bertanding dalam pertandingan itu.

"Saya akan pastikan jenama saya sebagai penyanyi diterima dan sebagai permulaan saya akan giat mempromosikan single terbaharu berjudul Hilang.

"Saya juga gembira sudah mendapat banyak tawaran yang menarik dan nantikan Marsha mewarnai dunia muzik Malaysia," katanya.

Bertuah dengan sokongan suami.

Pada masa sama, dia juga mengucapkan terima kasih kepada pasukannya yang menata rias, memikirkan konsep dan lagu yang dibawa setiap minggu.

"Siapalah saya tanpa mereka semua. Saya bertuah kerana mempunyai mereka," katanya menambah suaminya juga penyokong kuat dirinya.

"Satu lagi terima kasih buat pengurusa saya Azlan Zanuddin yang banyak berkorban dan berjuang bersama saya," katanya dalam nada sebak.



Sumber Marsha Tidak Peduli Gelaran Juara, Serius Mahu Bina Jenama Penyanyi

Related Posts :

0 Response to "Marsha Tidak Peduli Gelaran Juara, Serius Mahu Bina Jenama Penyanyi"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect