SHAH ALAM: Penduduk Shah Alam, Klang dan sekitarnya kini boleh menarik nafas lega dengan pengumuman pemansuhan dua tol di Lebuhraya Persekutuan berkuatkuasa Januari depan.
“Mansuh tol bukti suara rakyat didengar” – Penyelaras Kerajaan Persekutuan Parlimen Shah Alam
Penyelaras Kerajaan Persekutuan Parlimen Shah Alam, Datuk Azhari Shaari, berkata pengumuman pemansuhan dua tol iaitu di Batu Tiga dan Sungai Rasau di sini pada pembentangan Bajet 2018 sebentar tadi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sememangnya disambut baik ramai pihak.
Beliau yang juga antara individu yang secara konsisten mendesak pemansuhan dua tol ke Kuala Lumpur iaitu Tol Batu Tiga dan Tol Sungai Rasau, berkata pengumuman itu membuktikan suara dan rayuan penduduk di Shah Alam yang mahukan kedua-dua tol itu dimansuhkan didengari pemimpin negara.
“Alhamdulillah, terima kasih Datuk Seri Najib kerana mendengar rayuan kami penduduk Shah Alam agar tol berkenaan dimansuhkan.
“Saya membuat desakan secara konsisten sejak 2014 agar Kerajaan Persekutuan memansuhkan dua tol berkenaan yang didapati tidak adil untuk penduduk Shah Alam dan Klang.
“Mereka terpaksa membayar tol jika ingin ke Kuala Lumpur melalui Lebuhraya Persekutuan sedangkan penduduk dari Subang tidak perlu melalui tol,” katanya ketika dihubungi, di sini.
Azhari yang juga Ketua bahagian UMNO Shah Alam berkata, dengan pemansuhan dua tol itu penduduk dari dua daerah berkenaan dapat menjimatkan sekurang-kurangnya RM120 sebulan.
“Saya merasa begitu terharu selepas mendengar pengumuman Perdana Menteri itu dan bersyukur kerana dengan pemansuhan tol ia sedikit menjimatkan kos sara hidup penduduk Shah Alam dan sekitarnya,” katanya.
Sumber: Bharian
Sumber “Mansuh tol bukti suara rakyat didengar” – Penyelaras Kerajaan Persekutuan Parlimen Shah Alam
0 Response to "“Mansuh tol bukti suara rakyat didengar” – Penyelaras Kerajaan Persekutuan Parlimen Shah Alam"
Post a Comment