LONDON: Manchester City mengekalkan permulaan cemerlang musim ini apabila pendahulu Liga Perdana Inggeris itu membelasah Stoke 7-2, manakala juara bertahan Chelsea kalah 2-1 kepada Crystal Palace.
Dengan penghuni tangga kedua Manchester United sekadar seri tanpa jaringan di Anfield, City kini mendahului menjarakkan kedudukan kepada dua mata ke atas seteru Manchester itu.
Skuad kendalian Pep Guardiola meledak tiga kali dalam tempoh 27 minit pertama di Eastlands, memastikan kemenangan keenam berturut-turut dalam saingan liga.
City mendahului menerusi Gabriel Jesus pada minit ke-17 dan Raheem Sterling menambah jaringan dua minit kemudian sebelum David Silva meledak gol ketiga tuan rumah pada minit ke-27.
Stoke merapatkan jurang menerusi Mame Biram Diouf seminit sebelum rehat dan dua minit selepas rehat, Kyle Walker menjaringkan gol sendiri untuk menjadikan kedudukan 3-2.
Namun Jesus kembali melebarkan jurang pada minit ke-55 diikuti jaringan Fernandinho lima kemudian, Leroy Sane (m-62) dan Bernando Silva (m-78) untuk gol ke-24 City dalam lima perlawanan terakhir liga.
Pasukan tercorot Palace yang tewas tujuh perlawanan pertama liga tanpa dan tidak menjaringkan sebarang gol, mengejutkan Chelsea di Selhurst Park menerusi jaringan sendiri Cesar Azpilicueta (m-11) dan Wilfred Zaha di akhir babak pertama. Gol tunggal Chelsea dijaringkan Tiemoue Bakayoko. - AFP
Sumber Man City belasah Stoke, Palace kejutkan Chelsea
0 Response to "Man City belasah Stoke, Palace kejutkan Chelsea"
Post a Comment