Lepas 10 hari tayangan, Tombiruo kutip RM5 juta

Tombiruo lakonan Zul Ariffin mengutip RM5 juta selepas 10 hari tayangan. — Foto ihsan CinemaOnline Tombiruo lakonan Zul Ariffin mengutip RM5 juta selepas 10 hari tayangan. — Foto ihsan CinemaOnline KUALA LUMPUR, 21 Okt — Kelainan jalan cerita, tenaga produksi mantap dan promosi yang bagus membolehkan filem Tombiruo mengutip RM5 juta setakat ini.

Presiden dan Ketua Astro Shaw berkata pihaknya terharu dengan sokongan berterusan penonton selepas 10 hari ditayangkan sejak 12 Okt lalu, lapor Berita Harian.

“Bagi kami, faktor utama yang menarik penonton ke pawagam adalah kerana novel tulisan Ramlee ini disukai ramai sejak dihasilkan 20 tahun lalu,” kata Najwa Abu Bakar.

“Apabila diangkat ke layar perak bersama nilai produksi yang tinggi selain garapan babak aksi, lakonan mantap serta promosi bagus, ia memancing khalayak.”

Filem Tombiruo : Penunggu Rimba, adaptasi novel karya Ramlee Awang Murshid mengisahkan Ejim lakonan Zul Ariffin yang digeruni kerana mempunyai kuasa luar biasa.

Tombiruo atau dalam bahasa Kadazandusun bermaksud roh atau hantu, berikutan wajah Ejim yang cacat. 

Filem aksi thriller ini turut dibintangi Datuk M Nasir, Marlia Musa, Faizal Hussein, Farid Kamil, Nabila Huda, dan Farah Ahmad.



Sumber Lepas 10 hari tayangan, Tombiruo kutip RM5 juta

Related Posts :

0 Response to "Lepas 10 hari tayangan, Tombiruo kutip RM5 juta"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect