IPOH: Seorang lelaki yang dipercayai kurang siuman menyerah diri di balai polis sejurus mengaku menetak seorang wanita warga Indonesia sehingga mati di Kampung Tersusun Tasek di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, pihaknya menerima laporan bahawa lelaki berusia 34 tahun itu datang ke Balai Polis Bercham menaiki motosikal pada kira-kira pukul 3.30 petang.
“Lelaki ini memberitahu anggota polis bertugas bahawa dia telah membunuh seorang wanita. Kami menjadikan ia sebagai maklumat pertama dan menahan lelaki itu.
“Pihak polis kemudian pergi ke lokasi kejadian dan menemui seorang wanita di bahagian antara ruang tamu dan dapur. Kami mendapati ada kecederaan di bahagian muka, belakang kepala dan tiga jari di kedua-dua tangan mangsa putus.
“Kami turut menjumpai sebilah parang di pekarangan rumah, yang dipercayai digunakan suspek,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.
Jelas Chang Keong, wanita Indonesia itu dipercayai seorang pekerja sambilan yang diupah oleh keluarga lelaki berkenaan untuk membersihkan rumah mereka.
Beliau berkata, polis masih menyiasat rekod jenayah suspek dan sedang bekerjasama dengan pihak perubatan bagi mendapatkan keterangan lanjut mengenai keadaan mental mangsa.
“Hanya suspek dan mangsa yang dipercayai berada di rumah itu sewaktu kejadian.
"Lelaki tersebut mempunyai dua orang anak manakala isterinya tidak tinggal bersama.
“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya lagi.
Sumber
Lelaki serah diri selepas mengaku bunuh amah sambilan
Related Posts :
“Ada bawa umar keluar waktu senja ke?” – Demam tak kebah-kebah, lepas bawa berubat dengan ustaz baru tau rupanya…===BARU IBU TAHU…===
Bila umar kena tahan wad, ibu jadi orang tak tentu arah. Kata doktor umar kena jangkitan kuman dan dadanya berkahak. Si… Read More...
“Only in Malaysia Muslim is terrorist and Allah is s*tan” – Polis buru pemilik akaun FB Anna Ong Iye LungSusulan mengeluarkan kenyataan menghina umat Islam di laman sosial kelmarin, polis kini berusaha mengesan pemilik akaun Facebook (FB) y… Read More...
Dulu cuma mampu jual 200 batang aiskrim, kini mampu gajikan 2 pekerja dan jual di Singapura!Dulu sebelum saya jual ice cream,saya nmpak kawan sy post yg dy buat ice cream coki2 dan sumi. Disebabkan rajin,sy tnye dy “bgla resipi dan … Read More...
‘Abang ceraikan Syira dengan talak satu’ – Katanya sambil memegang erat jari jemari ‘adik angkatnya’ namun lepas 5 bulan…Dari Kisah Rumah Tangga
“Abang minta maaf, abang tak mampu melupakan dia,” kata suami.
“Pergilah abang, pergilah kepadanya. Adik ang… Read More...
Wanita warga emas maut kereta yang dipandu anak jiran umur 13 tahun rempuh rumahnyaSeorang wanita warga emas disahkan meninggal dunia awal pagi, hari ini, di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh, selepas parah diremp… Read More...
0 Response to "Lelaki serah diri selepas mengaku bunuh amah sambilan"
Post a Comment