Larangan Oman kerana isu pentadbiran, kata USIM

Universiti menjelaskan larangan bukan kerana kualiti program akademik.

Dr-Musa-AhmadPETALING JAYA: Satu universiti yang baru-baru ini disenarai hitamkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi Oman hari ini berkata keputusan kerajaan Oman itu kerana isu pentadbiran.

Dalam kenyataan hari ini, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) berkata perkara itu sudah dijelaskan dalam pertemuan dengan atase Oman di Kuala Lumpur, menepis dakwaan kononnnya larangan itu kerana kualiti program akademik.

“Ia dibuat kerana melibatkan isu pentadbiran di peringkat universiti antaranya mengenai permohonan visa, pengurusan akademik dan proses kewangan.

“Melalui penelitian dan semakan yang dibuat, USIM mengakui terdapat beberapa perkara yang dibangkitkan berpunca daripada kelemahan pentadbiran dalaman universiti manakala beberapa masalah tertentu masih dalam proses penyelesaian.”

Naib Canselor Musa Ahmad berkata satu jawatankuasa khas yang terdiri daripada wakil universiti dan Pejabat Atase Kebudayaan Oman ditubuhkan untuk menyelesaikan isu berbangkit.

“USIM akan mendapatkan penjelasan lebih lanjut dari Kementerian Pendidikan Tinggi Oman mengenai tafsiran lebih jelas mengenai penarikan pengiktirafan kepada universiti ini dan memberikan maklum balas rasmi kepada Pejabat Atase Kebudayaan terhadap setiap isu yang dibangkitkan dibangkitkan untuk dipanjangkan kepada Kementerian Pendidikan Tinggi Oman,” katanya.

Beliau menambah USIM tidak pernah merekut ejen untuk menguruskan pelajar antarabangsa yang melanjutkan pelajaran di universiti itu.

Akhbar Times of Oman pada Ahad melaporkan kementerian pendidikan tinggi negara itu mengambil keputusan untuk mengenakan larangan ke atas 4 universiti di Malaysia selepas mereka didakwa melakukan “penyalahgunaan” dan kegagalan menyelesaikan “cabaran” yang dihadapi pelajar dari kerajaan Timur Tengah.

USIM dikenalpasti antara universiti itu, bersama Universiti SEGi, Universiti Teknologi Kreatif Lim Kok Wing dan Universiti Pengurusan & Keusahawanan Binary.

Menurut laporan itu, terdapat 378 pelajar Omani melanjutkan pelajaran di 4 institusi itu.

Atasi Kebudayaan Oman di Malaysia, Yahya Salam Al Mandhari dilaporkan berkata akreditasi ditarik balik di atas beberapa “pelanggaran”.

Bagaimanapun, Naib Canselor Binary Dr Sulochana Nair menyangkal laporan mengenai dakwaan pelanggaran itu, dan berkata pelajar Oman tidak gembira dengan larangan itu.


The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



Sumber Larangan Oman kerana isu pentadbiran, kata USIM

Related Posts :

0 Response to "Larangan Oman kerana isu pentadbiran, kata USIM"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect