Dihimpit dengan kontroversi mengenai konflik hubungannya bersama seorang wanita yang dikenali sebagai Mona, penyanyi, Shahir mengakui apa yang berlaku merupakan asam garam sebagai anak seni.
Ditanya adakah kontroversi yang melanda itu sedikit sebanyak mengganggu konsentrasinya sepanjang berada di AF Megastar lalu, Shahir atau nama sebenarnya, Ahmad Shahir Zawawi,29,tidak menafikan perkara tersebut.
“Bagaimanapun, saya perlu fokus, lebih-lebih lagi apabila bertanding di peringkat final. Malah, ketika proses merakam lagu baru pun, Awi Rafael ada juga tegur. Katanya kalau boleh, ‘offkan’ telefon bimbit sebab tidak putus-putus ada yang cuba hubungi,”kata Shahir ketika ditemui Kakigosip sejurus berakhirnya AF Megastar final yang turut menyaksikan bekas peserta Akademi Fantasia musim ketiga,Idayu dinobatkan sebagai juara.
Sementara itu, penyanyi yang popular menerusi lagu Kebahagiaan Dalam Perspisahan itu tidak menolak untuk meneruskan niatnya mahu melamar Erra Fazira, awal tahun hadapan.
Kongsinya lagi, kontroversi yang melanda nyata tidak menjejaskan hasrat tersebut kerana dia masih Shahir yang dulu.
“Sejujurnya, saya masih lagi Shahir yang sama. Mengenai isu lamaran, insyaAllah ia akan dilaksanakan. Cuma isu-isu lain tu, saya anggap sebagai asam garam,”akui Shahir.
Sumber
“Lamar Erra, InsyaAllah Akan Dilaksanakan” – Shahir
Related Posts :
Kononnya nak jimat bil elektrik,padahnya kena denda hampir RM9000 kerana guna alat jimat elektrik
Hasrat seorang pengguna menjimatkan bil elektrik di rumahnya di Puchong, bertukar padah apabila disaman Tenaga Nasional Berhad (TNB) hamp… Read More...
Gadis cantik ini dedah cikgu ‘gatal’ curi gambar, tergamak perkenal dirinya sebagai pe,lacur di grup p,orno
TERKEJUT dan marah. Itulah reaksi seorang gadis apabila beberapa keping gambarnya yang dimuat naik di media sosial 'dicuri', kemudian dis… Read More...
Anak Sulung Selalu Dimarah Tapi Sebenarnya Dialah Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah. Dr Fadzillah Kamsah Kongsi Karektor Anak Pertama
Biasanya anak sulung sering dimarah dan dijadikan sasaran, namun jauh di sudut hati ibu ayah, anak pertama adalah yang paling istimewa di… Read More...
Dua hari tak dapat tidur malam, cikgu ‘gatal’ akhirnya tampil jawab dakwaan curi, sebar gambar gadis di grup lelaki hidung belang
SELEPAS dikecam hebat netizen gara-gara mencuri gambar seorang gadis di media sosial, menyebarkannya dalam grup porno dan menggelarnya 'p… Read More...
Aliff Syukri Hadiahkan Isteri RM5 Juta Jika Dapat Dua Anak Perempuan
Baru saja menjengah tahun 2019, boleh dikatakan usahawan kosmetik Datuk Aliff Syukri bebas daripada sebarang kontroversi panas. Jika anda… Read More...
0 Response to "“Lamar Erra, InsyaAllah Akan Dilaksanakan” – Shahir"
Post a Comment