Walt Disney Company mempunyai pengaruh yang besar terhadap industri hiburan dan animasi Amerika Syarikat.
Bukan sahaja terhadap golongan kanak-kanak malahan ia turut memberi impak kepada orang dewasa di seluruh dunia dari dahulu hinggalah sekarang.
Boleh dikatakan yang Syarikat Walt Disney telah berjaya memonopoli industri hiburan kanak-kanak dan kini telah menjadi empayar niaga yang bernilai 178 billion dolar.
Setiap hasil karya animasinya ditonton oleh berjuta-juta orang dari seluruh dunia.
#1-Kehidupan Zaman Kanak-Kanak Walt Disney.
Walt Disney diasaskan oleh Walt dan Roy Disney yang merupakan juruanimasi Ub Iwerks pada tahun 1923.
Walter Elias Disnesy dilahirkan di Chicago pada tahun 1901. Beliau adalah seorang yang berbangsa campuran Irish, Kanada, Jerman dan Amerika.
Direkodkan beliau tidak mempunyai hubungan baik dengan ayahnya yang sering mengajarnya dengan kasar untuk bekerja keras di ladang Missouri bersama dengan abangnya.
Beliau bukanlah seorang yang gemar belajar sewaktu di sekolah sebaliknya lebih gemar tidur di kelas ataupun melukis pelbagai objek seperti lembaga, haiwan dan lain-lain.
Walt berjaya menjual lukisan kuda pertamanya pada harga 25 sen ketika berumur 7 tahun.
Beliau juga turut melukis kartun untuk sebuah kedai gunting rambut dan sebagai upah dia tidak dikenakan caj untuk menggunting rambut.
#2-Minatnya Dalam Bidang Seni Mula Bercambah.
Tugas lukisan pertama yang dia dapat secara rasmi adalah melukis slaid untuk sebuah agensi pengiklanan di bandar raya Kansas.
Walt mengambil kesempatan ini untuk melukis pelbagai haiwan di ladangnya pada satu ketika dahulu yang sedang melakukan pelbagai gerakan sambil makan ‘Non-such Miracle Henfood’, iaitu produk yang diiklankan.
Selepas itu, beliau turut berusaha untuk membuat filem animasi namun cubaannya gagal dan dia telah muflis.
Beliau kemudiannya menjadi jurugambar bayi dan masih menetap di Kansas.
Pada tahun 1923, abangnya Roy Disney meminjamkan wang kepada adiknya melalui wang yang diperolehi melalui jualan pembersih hampagas dan turut serta dalam penubuhan studio adiknya.
Syarikat Walt Disney telah ditubuhkan pada 1923 dan pada asalnya nama syarikat ini adalah Disney Brothers Cartoon Studio.
#3-Bermulanya Syarikat Walt Disney Dan Kekangan Yang Dihadapi.
Banyak kesukaran yang dialami oleh pasangan adik-beradik ini diawal penubuhan studio ini. Mereka terpaksa makan sekali sehari dan berkongsi makanan tersebut.
Mereka berjaya mendapatkan kontrak untuk menganimasikan Oswald the Rabbit namun kehilangannya apabila idea Disney untuk melakukan penambahbaikan ditolak.
Tidak berputus asa malahan mendapat idea baharu semasa dalam perjalanan pulang dari New York, dia terinspirasi untuk mencipta watak tikus hidup bisu dan berkelakuan seperti manusia.
Dua filem pertama Disney menonjolkan watak tikus ini namun gagal mendapat perhatian Hollywood.
Filem ketiganya, ‘Steamboat Willie’ juga merupakan filem bisu yang ditambahbaik dengan tambahan bajet yang mereka laburkan akhirnya ditayangkan pada tahun 1928 di New York dan mendapat sambutan ramai.
Setahun kemudian, Walt Disney Studio telah menghasilkan 15 buah filem baharu yang mengisahkan mengenai Mickey Mouse, tikus bisu yang berkelakuan seperti manusia.
Ia merupakan tahun terakhir Walt Disney melukis sendiri kartunnya. Tahun kemudiannya dia dibantu oleh pasukan juruanimasi, juruanimasi perantara, tukang dakwat dan ramai lagi.
Ia bukanlah satu kerja yang senang dimana mereka akan meletakkan sekeping seluloid segi empat di atas setiap lukisan dan mengaris bentukannya dengan dakwat.
Aksi pergerakan akan terwujud setelah mereka menindih beribu-ribu kertas lukisan lut sinar pada latar belakang yang berwarna menggunakan kamera.
Penat lelah mereka terbalas apabila menerima pengiktirafan majalah Time pada tahun 1931.
Meskipun karakter Mickey Mouse bisu, namun ia boleh difahami di seluruh dunia kerana dia tidak bercakap.
Tayangan Mickey Mouse ditonton oleh ramai peminat yang terdiri daripada latar belakang yang berbeza.
Malah dikatakan, Raja George V merupakan peminat setia Mickey Mouse yang hanya akan menonton filem jika ada watak kesayangannya itu.
Filem Mickey Mouse turut diserikan oleh watak ciptaan yang lain seperti Donald Duck, Goofy, Pluto yang dikatakan mewakili karakter orang-orang yang tidak disukai oleh pencipta watak itu sendiri.
#4-Syarikat Walt Disney Mula Menempa Kejayaan Global.
Walt Disney merupakan seorang yang meminati teknologi dan inovasi.
Untuk filem Snow White, karya mereka yang seterusnya dia telah melaburkan 1.6 juta untuk mengupah beratus-ratus pekerja bagi mengambil 250,000 keping gambar selama tiga tahun.
Walaupun ada pesaing yang menyifatkan ia tindakan yang bodoh namun mereka akhirnya membuktikan yang dakwaan itu salah malah Disney mengaut keuntungan yang besar.
Karya mereka seterusnya iaitu ‘Fantasia’ pada tahun 1940 disifatkan sebagai karya Disney yang teragung pada ketika itu oleh sesetengah pihak.
Walaupun sudah dikenali ramai, pembikinan filem animasi seperti Fantasia, Pinocchio, Bambi dan Dumbo dan lain-lain yang mendapat sambutan yang tinggi telah membuatkan syarikat menanggung bebanan hutang yang tinggi.
Bagi menangani hal ini, Disney cuba untuk mengurangkan separuh daripada pekerjanya namun mereka melakukan mogok dan enggan bekerja.
Hal ini menyebabkan Walt berasa amat kecewa. Mereka akhirnya membuat filem dengan propaganda kerajaan untuk terus ‘survive’.
Filem-filem animasi mereka seterusnya terus-terusan mendapat sambutan hangat dan kebanyakkannya menjadi filem ‘box-office.
Filem mereka diterjemah ke dalam 14 bahasa bagi tayangan di seluruh dunia.
Oleh kerana jualan barangan Disney laku diseluruh dunia, mereka membuka taman tema Disneyland yang pertama di Selatan California pada tahun 1955, disusuli oleh cawangan-cawangan taman tema Disneyland yang lain di seluruh dunia.
Pada tahun 1957, saham syarikat ini mula dibuka kepada umum.
#5-Walt Disney Selepas Ketiadaan Pengasasnya.
Pada tahun 1966, dunia kehilangan artis yang berbakat besar di dunia apabila Walt Disney meninggal dunia disusuli dengan kematian abangnya pada tahun 1984.
Semenjak kematian pengasas asal, prestasi Disney telahpun merosot dan kewujudannya kelihatan tidak relevan lagi.
Banyak kontroversi dan isu telah berlaku berkaitan dengan pengambilalihan pengurusan tertinggi syarikat ini namun keadaan syarikat hanya pulih setelah Michael Eisner mengambil alih.
Penayangan The Lion King pada tahun 1994 meraih keuntungan yang paling tinggi sepanjang masa dan menduduki tempat bagai filem kedua yang paling ‘hit’.
Setahun kemudian, mereka mula mempelopori filem animasi pertama dengan bantuan komputer dan menghasilkan ‘Toy Story’.
Pada tahun 2005, jawatan CEO diambil alih oleh Robert Iger yang meneruskan kegemilangan Disney Studio dengan filem-filem seperti ‘Pirates of the Caribbean’ yang menjadi filem ketiga dalam sejarah mencatat kutipan 1 billion dolar.
Walt Disney Company, tanpa ketiadaan pengasasnya terus memukau pandangan penonton dengan filem-filem yang memberi inspirasi dan kegembiraan seperti yang mahu dilakukan oleh Walt sendiri.
Sumber Kisah Kejayaan Syarikat Walt Disney
0 Response to "Kisah Kejayaan Syarikat Walt Disney"
Post a Comment