Kepentingan Menjaga Masa Dan Kelebihannya Kepada Usahawan Menurut Richard Branson

Masa adalah salah satu harta yang penting bagi setiap usahawan.

Kadang-kadang, hanya dengan menghadiri mesyuarat dalam waktu yang ditetapkan, anda boleh menyelamatkan banyak masa pelanggan dan bisnes anda sendiri dan meraih keuntungan.

Richard Branson adalah antara orang yang paling sibuk di dunia dan dia kekal aktif dan bertenaga.

Ramai orang mengetahui yang Richard sentiasa membawa buku notanya ke mana-mana dan dia sentiasa menyenaraikan apa yang dia harus lakukan setiap hari.

Dia sememangnya seorang yang sangat menghargai masa dan dan berikut adalah kenapa dia berpendapat masa itu adalah harta yang tidak ternilai bagi seorang usahawan.

#1-Merupakan Satu Nilai Yang Terpuji.

Image result for richard branson

Ramai orang menganggap yang tindakan Richard yang bergegas keluar daripada kereta yang berada dalam kesesakan lalu lintas dan berjalan menuju ke studio agar tidak terlepas satu rancangan temubual secara ‘live’.

Walhal, Richard merupakan seorang ‘billionaire’. Boleh sahaja dia menelefon pihak terbabit dan maklumkan kelewatannya atau menangguhkan rancangan tersebut atau membatalkannya.

Sebaliknya, dia sanggup berjalan kaki dalam jarak yang jauh dan tiba ke sana dalam waktu yang dijanjikan.

Ramai orang kagum dengan karakternya yang menepati masa dan sudah tentu menepati janji.

Dengan cara ini, dia menunjukkan kepada orang ramai yang dia sangat menghargai masa dan orang lain juga percaya yang pelaburan masa mereka bersamanya adalah berbaloi.

#2- Ia Menyeimbangkan Kuasa.

Image result for richard branson

Kita sedia maklum yang pengasas Virgin Group ini menjalani kehidupan yang mewah.

Namun itu bukanlah alasan untuk dia tidak melakukan perkara lain seperti orang biasa. Dia juga turut menghadiri mesyuarat seperti biasa.

Dalam mesyuarat tersebut dia tidak berperanan sebagai ketua sebaliknya hanya hadir sebagai pendengar dan seperti pekerja lain.

Jika dia menggunakan kuasanya sudah tentu dia hanya kekal sebagai pemimpin dan tidak mahu melakukan apa yang dilakukan oleh pekerjanya walaupun tidak perlu.

Walaupun dia terlewat tiba ke mesyuarat, dia tidak meminta pekerja lain untuk mengulangi semula butiran mesyuarat atau mempercepatkan mesyuarat walaupun masanya lebih berharga daripada orang lain.

#3-Kosnya Lebih Murah.

Related image

Dalam bisnes, masa sama nilainya dengan wang.

Setiap kali anda lambat untuk hadir ke sesuatu tempat, anda darabkan minit yang anda bermula lambat itu dengan bilangan orang yang duduk di sana sambil menunggu orang lain untuk sampai.

Mungkin pihak penganjur tidak kisah akan tetapi CEO seperti Richard bukan sahaja menghargai masanya sendiri tetapi turut menghargai masa orang lain.

Dilaporkan, kos penerbitan rancangan secara lansung di Barat mencecah daripada 4000-25000 dolar per minit.

Dilaporkan masa Richard bernilai 50 dolar seminit. Setiap kali dia lambat, dia akan mengakibatkan tambahan kepada kos penerbitan sedia ada.

Sudah tentu, Richard tidak mahu perkara seumpama itu berlaku.

 #4-Menambahkan Kredibiliti Anda.

Image result for richard branson

Jika anda seorang yang bertanggunjawab, anda akan muncul pada waktunya walaupun ada kecemasan berlaku, anda akan lakukan yang terbaik untuk mengotakan janji.

Adalah perkara biasa jika orang terlewat atau tidak hadir kerana berlaku kecemasan namun jika anda mampu hadir juga di sebalik yang berlaku, anda seorang luar biasa.

Bagi mengatasi isu alam sekitar yang telah berlaku British Virgin Islands dan kepulauan Caribbean, Richard telah turun padang dan sama-sama melakukan apa-apa yang perlu bagi membantu walaupun dia sendiri sangat sibuk.

#5-Anda Akan Menjadi Lebih Gembira.

Image result for richard branson

Jika anda menepati masa, anda tidak perlu berasa tergesa-gesa untuk hadir ke satu-satu tempat.

Dengan ini, anda akan rasa kurang tertekan dan ini akan membuatkan anda kekal bertenaga dan lebih gembira.

Walaupun Richard sibuk dan penat dengan urusan bisnes namun dia tetap dapat bangun seawal 5 pagi untuk bersenam setiap hari.

Yang pasti, walaupun dia mempunyai lebih banyak perkara untuk difikirkan dan dilakukan daripada orang lain dalam lingkungan masa 24 jam yang sama, ternyata dia menyukainya.



Sumber Kepentingan Menjaga Masa Dan Kelebihannya Kepada Usahawan Menurut Richard Branson

Related Posts :

0 Response to "Kepentingan Menjaga Masa Dan Kelebihannya Kepada Usahawan Menurut Richard Branson"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect