Kau Tahu Asal-Usul Nama Hari Dalam Seminggu?

Tengok semua macam berminat nak tahu nama-nama hari dalam seminggu. Sini aku ceritakan asal-usul bagaimana nama-nama hari terhasil.

Nama Hari Dalam Bahasa Inggeris

Sunday: “Sun’s Day” hari Mataharilah.

Monday: “Moon’s Day”, hari Bulan.

Tuesday: diambil daripada dewa Norse bernama Týr yang kudung sebelah tangan. Turut dipanggil “Day of Mars”.

Wednesday: diambil daripada dewa Norse juga iaitu Wōden/Odin/Wōdan. Ketua dewa-dewa Norse, Odin ni ada banyak nama, lebih daripada 100 gelaran. Bapa kepada Thor. Juga dipanggil “Day of Mercury”.

Thursday: diambil daripada “Thor’s Day” lah. Dewa Petir. Juga hari “Day of Jupiter”.

Friday: diambil daripada nama dewi, Frige atau Freya. “Day of Venus”.

Saturday: “Day of Saturn” diambil daripada nama Saturn, dewa pagan Roman.

Kalau Hari Dalam Bahasa Melayu?

Kalau kita punya hari pula ambil daripada Arab punya.

Isnin: (al-ithnayn) hari ke-2

Selasa: (al-thalāthāʾ) hari ke-3

Rabu: (al-arbaʿāʾ) hari ke-4

Khamis: (al-khamīs) hari ke-5

Jumaat: (al-jumuʿah) hari ke-6

Sabtu: (al-sabt) hari ke-7

Ahad: (al-aḥad) hari pertama

Muhammad Khair



Sumber Kau Tahu Asal-Usul Nama Hari Dalam Seminggu?

0 Response to "Kau Tahu Asal-Usul Nama Hari Dalam Seminggu?"

Post a Comment