PELAKON dan usahawan Fizo Omar memberitahu banyak cabaran dan dugaan yang dihadapi sahabat baiknya aktor Kamal Adli sejak dia mengenalinya kira-kira sepuluh tahun lalu.
Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizul Wan Omar, 32, turut mendedahkan bahawa mereka pernah keluar "dating" bersama-sama sewaktu zaman menyertai pertandingan Hero Remaja tahun 2007 lalu.
"Memang banyak cabaran yang kau harungi terutama sekali dalam hubungan cinta. Dari zaman hero remaja, masa kau bercinta dengan... lagi.
"Dulu kita dating sama-sama bro, sekarang aku dah nak jadi bapa, sikit hari saja lagi," tulisnya di instagram pada Sabtu.
Fizo dalam tulisannya itu juga berharap Kamal diberikan hikmah disebalik dugaan yang dilaluinya itu.
Sementara itu, Fizo turut meluahkan rasa bangga dengan kejayaan Kamal dalam program Super Spontan Superstar 2017 malam Jumaat lalu.
Katanya, ia adalah hasil usaha keras aktor itu yang tidak pernah mengenal erti putus asa.
"Aku ikut perkembangan kau setiap hari, bakat kau semakin menyerlah dan tidak sangka kau dapat kalahkan pelawak-pelawak lain yang bertanding.
"Aku bangga dengan kau kerana fokus betul-betul dengan apa yang kau nak. Juallah bakat kau selagi masih tertulis dalam bidang ini," ujarnya.
Sumber
Kamal Adli Tempuh Banyak Dugaan - Fizo Omar
Related Posts :
Nik Aziz bersemangat walaupun sakit kanser, kata doktor peribadi
Pakar urologi Dr Azhar Amir Hamzah berkongsi tahun-tahun terakhir hayat tokoh PAS itu.
GEORGE TOWN: Seorang pakar perubatan peribadi kepad… Read More...
Walaupun kami tidak dapat melihat, kami ada hati untuk memahami - Ahmad Fikri
KUALA LUMPUR: "Walaupun kami tidak nampak, tetapi kami ada telinga untuk mendengar, tangan untuk merasa dan hati untuk memahami," itu yang … Read More...
Perlis: 377 keluarga di 15 pusat pemindahan banjirTempat parkir awam di Stesen Keretapi Diraja Arau ditenggelami air ekoran hujan berterusan sejak dua hari lepas. — Foto BernamaKANGAR, 22 Se… Read More...
Penyanyi ‘Marilah Mengundi’ diberi anugerah sempena Maal Hijrah
Penyanyi terkenal 1970-an, Rocky Din, diberi anugerah tokoh seni oleh Persatuan Melayu Pulau Pinang.
VIDEO INSIDE
Rocky Din (kanan sekali,… Read More...
Kereta terlibat nahas, Anwar diberi ubat tahan sakitKereta yang membawa Datuk Seri Anwar Ibrahim terlibat dalam kemalangan dan rosak bahagian belakang akibat pelanggaran tersebut. — Foto oleh … Read More...
0 Response to "Kamal Adli Tempuh Banyak Dugaan - Fizo Omar"
Post a Comment